Monday, October 16, 2006



Innalillah...kawanku Azlina Md Deros telah pulang ke Rahmatullah tanggal 15 Oktober 2006 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1427 pukul 10:15 pagi. Kauthar sms aku dan lewat tengahari baru aku berpeluang membaca pesanan tersebut.
Selepas menerima berita pemergian itu, sedih menyelubungi persaan dan sanubariku...badanku terasa lemah...mindaku hanya memutar saat-saat kami bersama semasa hayatnya. Aku pasrah dengan takdir, redha dengan qada' dan qadarNya...ini yang terbaik untuk Azlina! Tuhan lebih sayangkannya dan sebab itu diberikannya ujian demi ujian dan akhirnya mengambilnya semula ke alam baqa'.
Aku membayangkan dia menanti kawan-kawannya ke rumahnya di Alor Gajah...kedatangan untuk mengucapkan Selamat Tinggal....tapi tiada seorang pun yang dapat menghadirkan diri ke pengkebumian Azlina dek kerana komitment yang ada...aku merajuk dengan suami lantaran tidak dapat pergi ke Alor Gajah....aku merajuk hingga waktu berbuka. Sedih kerana aku tahu pasti rohnya meunggu kedatangan kami yang dianggap teman rapat yang sering menghabiskan masa sarapan dan lunch di pantry tingkat 11....
Aaah...menyesal tak ku tunaikan kewajipanku sebagai teman...yang sepatutnya melangkah terus untuk mengucapkan pada Azlina Selamat Tinggal....tak dapat aku mengucupmu buat kali terakhir....!Aku hanya mampu berdua' dan mensedekahkannya ayat-ayat suci Al-Quran, semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
Pagi lagi aku diingatkan oleh Roslee bahawa kereta pejabat yang akan ke Alor Gajah akan bertolak pukul 8:40 pagi. Hati kecilku berkata, tak guna pergi dia tak tahu sebenarnya kita datang and that we really care about her....! Tapi kakiku cepat melangkah ke tingkat bawah untuk ke kereta pejabat....biarlah aku ke pusaranya saje berkata hati kecilku memujuk.
Sesampai saja kami di rumah ayah dan bonda Azlina, kelihatan anaknya Ayu (4 tahun) bermain-main di luar rumah dengan beberapa orang sepupunya. Bonda Azlina menyambut kami dan memeluk kami dengan erat tanpa air mata. Ku peluk erat Bondanya sedih dengan pemergian seorang teman juga berbekalkan hati yang penuh kesal kerana tidak menghadiri pengkebumian Azlina semalam...
Life has to go on...masa kami sampai, Abang, anak sulung Azlina (7 tahun) baru bangun dari tidur, kepenatan dari semalam....celik-celik terus menerpa mainan dan berterusan main sehingga dimarahi nenek, pegi mandi! Abang tidak menghiraukan kata-kata neneknya tapi terus bermain...dan adik juga begitu. Terdengar suara Abang berkata, Ibu dah meninggal! Aku merenung gerak gerinya....kehilangan yang dia tentu tidak dapat gantinya.....Abang masih tidak faham dia telah kehilangan seorang ibu....bagai sebutir mutiara yang tiada gantinya didunia ini.....dan dia akan kehilangan kasih sayang paling suci antara manusia ciptaan Allah! Setiap kali memandang mereka, hatiku berdetik, apakan jadi dengan Abang dan Adik, ibu dah tak'da.....kesian! kesiannya mereka....tinggallah mereka dengan insan yang bernama Abah...bergantung kasih sayang dengan atok dan nenek yang masih kuat kederat menjalani kehidupan seharian.
Pagi kami sampai Malik keluar menguruskan beberapa urusan yang tertangguh dan sehingga kami pulang, kami tak ketemu Malik yang setia merawat isteri yang derita dan sengsara kerana penyakit barah. Lega jugak aku tidak ketemu Malik, kalau tidak rasa bersalahku akan berlarutan kerana tidak datang melihat jenazah...
Sebelum berlepas pulang ke KL, kami ke pusara Azlina di Tanah Perkuburan Sg Buluh. Rezeki...rezeki Azlina! Ntah mengapa tersenyum kulihat pusaranya masih merah ditaburi daun pandan dan bunga kertas. Pusara Azlina di atas bukit di bawah rendangan beberapa buah pokok yang menghijau....dah rezekinya, didunia menderita kesakitan akibat barah payudaranya yang cepat benar merebak....tapi setelah dijemput ke alam baqa, Allah telah mentakdirkan pusaranya di tempat paling selesa, redup dan hening sekali!
Selamat tinggal temanku Azlina, kudoakan agar rohmu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Al-Fatihah untuk Azlina binti Azizah.

Monday, October 09, 2006


Sepasang Baju Melayu untuk Izzat, Haziq dan Luqman...dan Abahnya juga! warna sedondon...ala-ala purple gitu...cari warna yang dapat match dengan baju raya aku....menapak dari Maju Junction untuk beli baju melayu kat Wisma Yakin...harganya tak yah sebutlah sebab raya! Discount tu dah tentu kalau tidak memang tak beli!
Balik dari membeli belah...adui penat betul mengheret Myhubby dan anak lelaku ku yang tiga orang tu ke Wisma Yakin...bayangkan membelah lautan manusia yang sibuk membeli belah meredah gerai-gerai yang begitu banyak berderet sepanjang Jln TAR bukan selapis tiga lapis satu deretan gerai.....cobaan....tengok-tengok hati berlonjak nak tawar menawar saje untuk get the feel...untuk raya...tapi dek sebab anak yang dua tu tak posa asyeklah meragam nak air...Mama, nak air...Mama, nak air.... terpaksa mempercepatkan langkah kakai untuk sampai ke destinasi sambil mata meliar-liar mencari kot-kot orang menjual air.....dah minum satu cerita lain pula...Mama, nak makanan! Hm...anak2 semua mencuba baju mula-mula skim warna biru....dah cuba sakan part Myhubby cuba la....tak'da saiz...ok cari skim warna lain....purple lah pulak....try...try..Alhamdudillah ade..semua saiz tinggal lagi, semua nak kena alter sikit here and there! Dah bayar (lepas dua jam cuba mencuba!) terus naik ke tingkat atas untuk alter baju-seluar mereka tu...dah pulak lagi setenga jam.....dah ok...menapak balik ke Maju junction...sedang berjalan menuju ke Maju Junction...mata mula menyinggah ke gerai-gerai yang memikat hati...apa lagi gerai tudung, brooach...gerai baju...gerai kuih pun laa....jadiknya anak dah penat... yang tak posa tu kene pau lagi...nak air lagi so, kene berhenati kali ni kat temoat lain dapatlah berkesempatan untuk meninjau dengan mata je..gerai-gerai bersebelahan....Hah...hari tu posa terasa berat sungguh...kepanasan dek pancaran cahaya matahari yang terasa bahang panasnye hingga air luir pun kering!
Sampai kat rumah terus terbaring....baring kejap nak terlelap tu lelap kan terus mata untuk seketika sehingga Abah menegur, dah solat ke?kuatkan badan dan terus ambik wudhuk dan solat asar....
Petang tu keluar lagi ke pasar ramadhan..berempat, Myhubby malas nak ikut...bawaklah yang tiga hero tu....hah...sudah....ini nak itu nak...semua nak....Izzat okla sebab puasa yang tak puasa pun cam-cam nak...ingatkan malas nak layan tapi teringat daiorang tu tak makan lagi baru minum dua tin air....dengan sedikit mee sebelum keluar tadi...oklaa...beli jugak...nak mi oklaa beli mi...kuih sikit dan air cendol pulut....ikan percik dua ekor ngan sebungkus nasi lemak ayam goreng (Izzat nak.....) Bila balik....sudah nak berbuka....aduiiii.....shopping sakan je pasal penat betul hari tu...terasa sampai sekarang...Tobatlah...tak ndak dah gi shopping cam tu!
Penat cam mana pun malam 15 mesti tunaikan solat terawikh...dah penat sangat ... sayang solat sunat lain terabaikan! Sepatutnya Ramadhan ni diperhebatkan amal ibadat tapi kerana nafsu nafsi sebaliknya dihebatkan cara bershopping!

Tuesday, October 03, 2006

Kedatangan Ramadhan memang dinanti-nantikan...
Kadangkala sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja di pejabat, tetiba saja ingatan melayang mengingati teman-teman lama yang lama menghilang ntah ke mana...paling ingin kutemui Safiah...memang tak begitu rapat tetapi ada kesan persahabatannya dalam diriku. Terakhir aku bertemunya adalah malam persandinganku. Kulihat dia datang bersama beberapa kawannya. Ingat aku semasa kami di pejabat yang sama...dia bukanlah antara teman yang rapat tetapi kami share few moments yang masih segar dalam ingatanku! Dia pernah menjadi teman setia mendengar luahan masalah yang tika itu teman-teman lain sibuk dengan hal masing-masing!
Ntah mengapa sedang sibuk mencuri-curi masa menulis kad hari raya, teringat aku pada Kak Liza. Dia memang ku anggap sebagai kakak hatta umurnya pun setahun tua dariku...memenag dah lama kita tak bertemu dan duduk bersemabng seperti pernah kami lalui...berjam-jam... kali terakhir hanya sempat bersalaman di kedai baju di Maju Junction. Kak Liza dengan kawannya manakala aku dengan kawan-kawanku....
Hm...bila kita beralih tempat kita kan bertemu dengan kawan-kawan baru...tak kata kita lupakan kawan lama tapi itulaa....kawan lama makin lama-lama hilang dari pandangan...kita makin sibuk dengan kehidupan dan dalam penjalanan hidup kita seharian kita akan menempuh jalan berbeza-beza dan di kala itu kita kan bertemu teman-teman yang baru! Corak kehidupan kita kian berubah...dan kita akan menjalani kehidupan dengan priorities yang berbeza....bukan itu saja...nada dan topik perbualan juga kian berbeza....itulah kawan lama....seronok tu kalau sekali sekala dapat berjumpa menceritakan pengalaman yang berbeza!
Begitulah aku...walaupun bertemu dengan teman-teman baru tapi seringkali teman-teman lama menjadi harta berharga dalam kotak ingatanku...tak pernah aku lupakan teman-teman lama kerana aku sering mengambil masa mengenangkan saat-saat persahabatan kami.
Suara teman-teman di Kamsis A di UKM juga jadi kerinduanku...nama mereka satu persatu sudah kulupa tapi masih segar diingatanku wajah ceria mereka berbual, berlawak dan berseloroh memeriahkan suasana remajaku semasa belajar! Itulah takdir namanya!
Namun begitu percaya tak...aku juga ada teman-teman yang aku ingat tapi tak ada feel nak bertemu mereka....ada beberapa teman yang masih kuingat nama dan tempat mereka tinggal... tapi tak teringin nak bertemu...bukan kerana darjat atau harta buakn itu.....tak langsung dan tak de kena mengena....tapi pernah berlaku perkara-perkara yang tak mahu diingatkan...yang mengguriskan pun ada...luka yang akan berdarah semula jika bertemu muka! Begitulah....
....atau akan mengingatkan kebodohan kita...jika ditakdirkan bersua kembali! Hah...kehidupan ini lucu....namun kusedari sekiranya kehidupan ini dilalui berlandaskan hukum Allah...berpandukan sunnah Rasulullah...tak mungkin akan berlaku perkara sedemikian. Sering kehidupan dilalui dengan penuh nafsu dan keangkuhan...pandang ke atas sahaja ke bawah jarang sekali. Itu yang jadi merasa malu bertemu kawan lama pun ada...!
Bulan Ramadhan ini...kupohon keampunanMu YaRabbi....moga aku digolongkan antara orang-orang beriman, bertaqwa dan bersyukur!

Monday, September 25, 2006

Selamat Datang Ramadhan...Ramadhan....! Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan 2 dan dua kali terawikh. Bersama Myhubby ke surau berdekatan rumah Mak untu sama-sama menunaikan fardu sunat! Pagi bersahur tadi kejutkan Izzat dan bila ditanya Nak Puasa tak? Dia mengangguk...aku katakan padanya, Kalau penat tak yah lah puasa.... Izzat yang ketika itu didukung Abah mendongak dengan longlai menjawab Nak... Izzat masih mamai tapi bila duduk di meja makan, dia sudah boleh membuka matanya besar. Aku gorengkan dia telur mata kerbau dua biji dan kuningnya 3/4 masak. Izzat makan telur dengan kicap, kemudian dia menjamah masi goreng sedikit dengan dua potong broccoli. Selepas itu dia menanyakan jelly yang Mama buat semalam. Habis jelly dia kuberikan vitagen yang disimpannya di dalam peti sejuk sejak tengahari sebelumnya. Tak habis minumnya, terus dia bangun, tak boleh habis ... dah sakit perut ni...nak tidur, katanya sambil memanjat tangga. Itulah kerenah anak ku bersahur. Aku paling menjaga kebajikan anak sehinggakan Myhubby yang makan didepanku kurang mendapat perhatianku. Apa yang diperlukannya diambil sendiri!
Sepanjang bulan Ramadhan ini paling ku takutkan adalah kalau aku miss terawikh. Tahun-tahun yang lalu 3 tahun di Jepun dan tiga tahun selepas pulang ke tanahair, aku tidak dapat menjalankan ibadat terawikh ini. Kalau ada pun bersolat sendiri, hm....tak ada feel nak raya!
Tahun ini aku pasang niat dan keinginan supaya aku berusaha untuk berterawikh every single day of Ramadhan! .... dan kurangkan membuat perkara-perkara yang tidak bermenfaat dan tingkatkan iman dan pahala! Hehee...mustahil? taklah....tak mustahil if there is a will there is awy!!!! Sabar dengan anak-anak....dah cuba ada yang berjaya ade yang tak jugak tapi....ramadhan ada 28 hari lagi dah tempoh itu aku akan paractise sebaiknya untuk menyemai tingkahlaku yang baik dan mulia di sisiNya mencontohi Rasulullah (saw) dan anaknya Fatimah!

Thursday, September 21, 2006

Teringat aku pada kawanku Azlina Md Deros yang mengidap penyakit barah payu dara dan kini barahya dikatakan telah merebak ke paru-paru dan jantungnya. Kalau difikirkan dengan otak kerdilku anugerah Allah, hebatnya ujian yang Allah timpakan padanya! yang aku tak sanggup menghadapinya....! Ada hikmah disebalik ujian dan dugaan yang dilemparkan padanya hanya Allah yang mengetahui!
Setiap kali aku melawatnya sama ada di hospital atau di rumahnya, aku melafaz kesyukuran yang amat sangat kerana bukan aku yang disuratkan untuk menghadapi ujian sebegitu berat! Seringkali aku berdoa pada Allah agar sembuhkan dia, panjangkanlah umurnya dan tenangkanlah hati dan fikirannya. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Doa! Mak aku berpesan doakalah kesejahteraannya dan ingatkan dia supaya sentiasa mengingati Dia yang maha mengetahui segala-galanya. Aku tidak sampai hati membuka mulut mengirimkan pesan Mak. Takut-takut hatinya terguris atau terasa! Sentuhan tanganku pada perutnya dan kakinya yang sentiasa membengkak itu menginsafkan aku bahawa sa-nya, aku masih kuat dan diberikan daya untuk sujud beribadat padaNya....! Lihatlah dirinya yang sudah kurang bermaya untuk melalui kehidupan sehariannya yang biasa dilaluinya dulu sebelum ujian sebegini! hatiku sering berkata-kata tatkali merenungnya di atas katil hospital atau atas sofa di rumahnya, sahabatku aku tahu betapa sedihnya engkau dengan keadaanmu ini...sentiasa longlai di hadapan anak-anak yang membesar didepan matamu tanpa daya untuk lebih dari gelak tawa sesama...simpatiku tidak berpenghujung kerana aku sendiri takut ditimpa ujian sebagaimana yang kau alaminya sekarang...aku doakan kau...aku doakan kau...sembuh dari penyakitmu dan diberikanNya umur yang panjang serta rezeki yang berlimpah!
Down deep inside I know...there is hikmah to whatever Allah jadikan sesuatu...mesti ada dan aku tahu apa yang Allah timpakan pada kita itulah yang terbaik buat kita!
Teringat pula aku pada kemalangan yang terjadi pada diriku! That was way back in 1972.....I was only 6 years old. Malang tak berbau, bermain-main atas skuter salah seorang yang menumpang di rumah Mak dan Abah. Sedang bermain di atas skuter yang dipakirkan di belakang rumah bersebelahan dengan longkang yang agak dalam juga, aku terjatuh dihempap skuter tersebut. Kalau nak diceritakan dengan detil, aku tak ingat apa yang sebenarnya berlaku...yang aku ingat aku menangis meratapi melihatkan jari jemari kiriku berlumuran darah. Yang peliknya aku tak ingat rasa sakitnya...tapi aku iingat akku meraung melihatkan darah yang banyak tak henti-henti keluar mengalir....Tuhan Maha Adil...maha mengetahui segala-galanya...aku ditakdirkan hidup seterusnya dengan sembilan jari...Aku bersyukur tentang itu..Aku redha dengan keadaan ku...kerana sesungguhnya Allah menyanyangi diriku! Kesedihan, kepiluan dan kesengsaraan yang aku lalui dengan kehidupan yang ditakdirkan itu padaku tidak pernah aku jadikan alasan untuk tidak bersyukur kepada Allah....Alhamdulillah...hikmahnya dapat kurasakan sekarang! Ujian yang Allah timpakan padaku mungkin berbeza dengan Azlina tapi prinsipnya tetap sama...ujian, tabah dan redha! Rintihan, airmata dan tangisan pernah menjadi teman hidupku untuk bertahun-tahun kerana kekurangan yang ada padaku tapi...diriku tetap ada keyakinan dan keimanan...walaupun aku bukan dari golongan keluarga yang boleh dikatakan alim atau warak! Aku yakin dengan ketentuan yang Allah berikan dan aku beriman dengan Allah yanng menimpakan aku ujian yang padaku terlalu berat...but well, I made it through..quite ok....Tak dinafikan kadangkala aku merintih kesal dan bertanya-tanya ngapa aku begini...kenapa aku kurang ...ngapa aku yang kena menghadapinya bukan orang lain....tapi asasnya tetap aku pegang...sudah takdir!
Bila aku ingatkan Azlina, aku tak terasa langsung mengenai nasib yang ditakdirkan padaku ini...nothing compare to the miseries yang ditanggung oleh Azlina! Kini aku sering mensyukuri nikmat yang Allah berikan padaku...walaupun dulu dalam umur yang masih muda terpaksa belajar untuk berdolak dalik dari diajak menari atau bermain apa-apa yang menggunakan tangan...apa-apa pertunjukan aku hanya jadi background je....sedih gak bila teringatkan itu. Begitulah seterusnya aku lalui hidupku zaman remaja, matang dan seterusnya ditakdirkan aku bertemu jodoh!
Percayalah...bagaimana berat pun ujian Allah...ada hikmah sebaliknya! If you don't see it now...somehow, you'll know it later.

Monday, September 18, 2006

Bosan! Letih aku nak melayankan kerja-kerja yang berlambak dan tak habis-habis di atas meja....nak cuti, eh, baru je cuti....nak rilex-rilex borak-borak dulu...orang lain pun banyak kerja dan tak leh nak melayan aku sokmo!
Kerja-kerja...terlalu banyak memikirkan tentang kerje menyebabkan otak aku kadang kala beku. Spelling mistake pun tak nampak dah. Bukan tu je, grammer mistake pun pening kepala nak dibetulkan! Hm....Why bother. Tutup PC je...baca magazine....pasang cd lagu....ewah..ewah...senang je kalau fikir cam tu! aitu kerje-kerje yang dah aku tanggungjawab aku tu sapa yang nak buat/tanggung? Mak aku selalu cakap, kerja dengan hati terbuka kerana Allah...mengeluh jangan sekali! Well...itulah pegangan aku selama aku mula bekerja! Tapi kadang kala can't help it...merasa pressure sehinggakan fikiran tak menentu dan mula jalan pun terhoyong hayang! Aku bangga....aku masih ingat kata-kata Mak....dan sentiasa cuba mempratiknya...jangan sekali curi tulang...(ada gak kadang-kadang....update blog!)...jangan sekali menrunggut...(ade gak, bila semua tak kene!) ...bekerja kerana Allah....YES...itu fully implemented 100 percent!

Wednesday, September 13, 2006

KTM, KTM! Semalam buat hal...hari ni pun gitu! Penuh sesak je orang...masalah dia orang ni cuma lambat .... lambat sebab masalah teknikal (rosaklah tu!) kadang kala ade sebab nature...tak apalah tu! Yang jadi masalah masalah teknikal, memanjang masalah teknikal! Hish.....berpeluh, lenguh tulang-tulang ...dari menunggu komuter sebelum bolah nak sampai ke stesen Bank Negara!
Tapi itulah cubaan dan ujian kita di bumi Allah...kalau nak ke pejabat senang je berdriver, tempat duduk empuk, aircond alright je....adelah tu ujian dan cubaan tang lain lak, kan!
Walau cam mana pun, aku tetap redha dengan ujian dan cubaan ni...TAPI KTM come on lah..janganlah dok takuk tu gak...make some improvements....kan Malaysia Boleh....boleh buat perubahan bukan boleh dok diam, tau! jangan ambik pendekatan yang salah.....! Asal sesuatu berlaku yang menyebabkan train tak ikut jadual, ade je alasan...pleaselah....negara bukan main maju (so say the government ah) tapi....negara maju tu bukan saje dari segi material tapi sikap pengkhidmat awam and of cos that include sikap tepat waktu atau omputih cakap punctuality tu mesti ade tau!

Tuesday, September 12, 2006

Pagi Ahad baru ni (10/9/2006) aku tergerak dari tidur dengan berita kematian kak Dewi, kakak ipar cum sepupu Myhubby...Innalillah...dia insan yang bergelar seorang isteri, anak, ibu dan nenek telah pulang ke Rahmatullah pada umur yang bagiku masih muda lagi! Myhubby tidak perlu menggerakkan aku dari tidur tapi suaranya berbual dengan suara yana agak tinggi membangkitkan aku dari mimpi! Aku mengalihkan pelukkan Luqman dengan perlahan lalu bangkit dari katil dan terus menyalin pakaian. Myhubby juga terus menyalin pakaian tanpa kata-kata juga...masing-masing sudah faham dengan apa yang perlu dilakukan. Kami perlu pulang ke Pontian kerana jenazah akan dikebumikan di kg. Pulai Sebatang...heran jugak ngapa kebumi di kg. suaminya..sedangkan ibu kak Dewi katanya di Kebun Teh, JB....Selepas memberitahu pembantu rumahku, Rini tentang berita dan hajat kami, Myhubby terus mengangkat anak-anak yang masih dibuai mimpi itu ke dalam kereta kemudian memasukkan apa yang perlu ke dalam bonet kereta dan terus kami bergerak mula-mula menghantar Izzat dan Haziq serta Rini ke rumah Mak... Luqman sebab bongsu, aku bawak sekali...kesian kerana tidurnya masih memelukku....tak sanggup pulak aku tinggalkan dia! Mak pulak tak boleh diberitahu tentang kematian, baru saja dia kehilangan teman baiknya, takut dia merasa cemas...aku katakan pada Mak, kak Dewi sakit nak melawat. Mak dan Abah cuma diam, ngantuk mungkin. Setelah meninggalkan Izzat dan Haziq yang masih lelap, kami terus bergerak meninggalkan Shah Alam untuk menuju ke Pontian. Sepanjang perjalanan pulang itu kami kurang berbicara...namun tiada air mata yang mengiringi pemergian kami ke Pontian. Aku tidak begitu rapat dengannya mungkin begitu juga dengan Myhubby. Terakhir aku berbual dengan Allahyarhamah melalui talipon. Kak Dewi seperti tahun-tahun yang lalu menalipon Myhubby untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi...tapi sebab Myhubby di Jerman waktu itu akulah berbual dengannya....ingatkan itu sedih juga kerana waktu dia menalipon itu, dia sebenarnya berada di wad hospital. Kami suami isteri ada merancang untuk balik JB, saje nak melawatnya sebab dengar dari kak Rukian yang sakit Kak Dewi teruk juga....tapi ntahlah tak balik jugak...apa lagi urusan kami sendirilah yang menyekat kami dari pulang menziarahi Kak Dewi...sedih jugak bila mengenangkan itu...sesal pun ade jugak and that serve a lesson to both of us!
Kak Dewi masih kuanggap muda, baru mencecah 51 tahun. Dia dan kakaknya (kira-kira setahun yang lalu) telah pulang ke Rahmatullah meninggalkan seorang bapa yang kini boleh dikatakan sebatang kara....nasib baik bapanya memang tinggal dengan keluarga Kak Dewi di JB...kalau tengok Pak Usop, bapa Kak Dewi tu, sedih jugak tapi orang tua tu nampak kool je...maintain tapi dalam hatinya pasti sedih!
Siap majlis tahalil, keesokan paginya kami pun berlepas pulang ke Shah Alam. Aku dah mula merindui anak-anakku yang ditinggalkan di Shah Alam. Tapi aku makin rindu nak beribadat lebih padaNya...aku uzur, jadi tak banyak yang dapat kusedekahkan pada Allahyarhamah. Yang pasti aku mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah ....Kak Dewi telah pergi kembali ke tempat yang kekal cuma kami di muka bumi Allah, masih menumpang sementara..........
Semalam semasa duduk berbual dengan Myhubby sementara menunggu sup tulang yang kureneh, aku meluahkan padanya tentang persaan takut dengan kematian kerana kurangnya ibadat dan belum bersedia untuk bertemuNya...."amal ibadat masih kurang", kataku pada Myhubby...Myhubby tersenyum padaku dan berkata banyak cara nak beribadat dan satu cara adalah "taat pada suami" senyumannya kukira ikhlas....juga ada sinisnya...aku hanya mampu menyambut senyumannya...(hendak tak ndak je sebenarnya!)...tak terdayo nak cakap apa-apa...betullah tu! Teringat cerita sepupu Myhubby tentang Kak Dew, dalam masa sakitnya yang makin kritikal, dia masih mampu menyediakan makan pakai suaminya, Abg Seman....dan cerita Kak Dewi lagi, suaminya ada berkata padanya, inilah sebabnya saya sayang kat awak....kukira Kak Dewi bahagia dengan kata-kata suami dan sebab itu dia makin menguatkan kederatnya untuk terus berkhidmat pada Abg Seman, suaminya untuk lebih kurang 30 tahun lamanya ....besar pahalanya tu!
Fikir-fikir, mampukah aku untuk menjadi isteri yang taat pada suami dikala sakit tenat sebegitu.....?

Wednesday, August 30, 2006


Innalillah...jiranku yang kupanggil Kak Aishah, telah pulang ke Rahmatullah pada tanggal 25 haribulan Ogos yang lalu.....why so soon, tak percaya aah!...itulah kata-kata dalam hatiku. Makcik yang berumur 69 tahun itu telah menjadi kawan rapat Mak sejak lapan-tujuh tahun yang lalu....mereka berdua ditemukan oleh semangat perjuangan yang sama iaitu keadilan dan semangat kental itu menjadikan mereka ...at times, saling memerlukan. Mak panggil Allahyarhamah Kak Aishah, ntah aku pun memanggilnya Kak Aishah, bagiku lebih mesra menggunakan panggilan itu.

Seingat aku baru hari Jumaat minggu sebelumnya, rumah Mak buat Usrah. Mak suruh aku ambil Ustazah di Masjid Negeri dan kemudian ke rumah Kak Aisyah, ambil dia sekali. Aku pun akur dengan perintah Mak. Semasa kereta ku berhenti di hadapan rumahnya, aku tak hentikan kereta betul-betul depan rumahnya tapi terlajak sedikit...saje je...biarlah orang tua tua tu jalan sikit! Memang dia kene jalan sikitlah...tak jauh pun...masuk je kereta terdengar suara nyaringnya yang sering girang...memberi salam pada semua di dalam kereta tu termasuk aku yang sedang memandu...kene berhenti sambuut tangannya dulu baru aku mula memandu....waktu usrah tu pula, Kak Aishah beriya-iya mendengar...hm, bukan setakat mendengar je, I think she has given all of herself pada usrah itu...mengiyakan setiap kata-kata Usatazah tu....aku tak sempat nak bersalam dengan dia malam tu...ke, aku tak ingat....

Sepanjang perkenalan aku dengan Kak Aishah...nothing bad atau displeasure yang aku ingat...seingat aku tentang dia adalah dengan senyumannya dan kata-kata yang baik dan ikhlas darinya...itu menggambarkan hatinya yang mulia dan suci ...... Sibukknya dia mengasuh anakcucu tidak terkira, kagum dengan kesabaran dan tanggungjawab yang dipukulnya...!

No wonderlah....hari yang sepatutnya aku ke dinner...perasaan ku kelam je...tak de mood langsung untuk bermeriah-meriah cam orang lain...aku pelik sebabnya I was so down tak tentu fasal....petang tu, Mak call...dengan tangisan dia yang men"suspen"kan...aku terus decide tak payahlah ke Dinner Anugerah Cemerlang tu, baik balik dan give respect pada yang telah pergi mengadap Illahi! lagipun dinner tahun-tahun yang lain ada lagik, kematian perlu dihormati dan dijadikan ikhtibar!

YaAllah cucurilah rahmatMu ke atas roh Kak Aishah dan tempatkanlah dia dalam golongan orang-orang yang beriman di sisi Mu!

Friday, August 25, 2006

Malam ni... ada dinner sempena majlis anugerah cemerlang! Entahlah baju yang akan kupakai baru jer ambik dari taylor...baju ala-ala jubah gitu! Entahlah...sesuai ke idak tak tahu lah...I feel so miserable cos tudungnya pon tak matching! Aah...pegi jelah, bukannya aku yang naik pentas ambik anugerah...ntah2 table pun nun...jauh ke belakang...!
Fikir-fikirkan fasal wordrobe ni, teringat Eja, pelakon yang boleh tahan jugak aku minat tapi Mak akulah peminat real Eja, kata Mak, setiap kali kalau tengok Roda Impian, hai tak deke budak jernih sikit nak diambik, compare to Eja, langit ngan bumi! Hehehehehe...tu Mak aku cakap ye...Ooo balik fasal Eja, kalau dia pakai baju mesti sesuai je...yelah badan dia langsing, dia tu tinggi lak..muka pun boleh tahan lawa...kalau pakai dress tu alahai, ditambah pula perwataknnya yang cool je, memang sesuai bergelar artis la....
Tapi iyela aku ni bukan nak compete dengan Eja tu...tak ada hati pun, tapi aku rasa serba salah nak gi dinner ni, feel so down and miserable....entah kenapa..malas pun ade jugak...! Rasanya nak balik je...spend some quality time swith Myhubby and the kids pun ok gakkan! Tapi second thoughts..... last year tak gi...this year gi, next year boleh ponteng....Hm...Agaknya sebab aku puasa tak hari ni....mungkinlah kottt!
Banyak-banyak dinner yang aku dah pegi, teringat masa aku kat Affin Bank, I was one of the organising committee...masih fresh dalam ingatan aku nih...I bought a pair of two piece blouse dan pants....kat Isetan...murah jer...nak pilih2 sangat masa dah suntuk...hari Jumaat grabbed a taxi dah terus ke Lot10...pilih pun sekejap member bagi tanda ok, aku bayar je..balik tried in on pas tu esok malam tu terus ke dinner....mingle arround the friends and acquintances terus dok kat table .... I rasa confortable, entertaining dan segala happened menyenangkan!...mungkin that was the best function la..Masa tu lom kawin lagik masih single lagi...!
Lain-lain dinner tu biasa jer...nothing special, nothing to remember...

Friday, August 18, 2006

Hai...baru beberapa minggu yang lalu menyedari hakikat bahawa umur menjangkau 40-an, aku telah bertekad menjadi isteri solehah dan menghormati suami seadanya...maknenya ikut perintah suami lah tu. Malam semalam dah berselisihan faham sikit...langsung tak bertegur sapa. Hm..salah aku atau salah dia, yang pasti aku malas nak prolonged the arguement whose at fault. Baik aku diam je....itu pun satu perubahan....iyelah satu perubahan daripada aku berkelaku seperti biasa menjawab dan menegakkan benang yang basah .... diam, naik atas dan tengok tv atau layan anak-anak...Aku tahu Myhubby sure benggang ngan aku tapi aku pon benggang ngan dia jugak...kalau dua-dua benggang hish...tak leh jadik ni...baik sorang mengalah...aku lah sebab aku isteri yang baik, kan!

Naik komuter tadi..aiseh, tak dapat tidor sebab tak dapat tempat duduk. Sebenarnya dah target sorang minah ni yang pakai uniform kilang sure henti kat so and so nye station...tapi sebab ramai lak yang naik kat SJ so terpaksalah aku masuk ke dalam nanti kena jerit lak, "hoi...masuk dalam lah...orang lain pun nak keje jugak!" Of cos I've heard somebody shouted fron outside the coach....cam tu! Dalam keheningan pagi tu dalam diri pun aku sempat gak terlelap...

Semalam memo tak dapat nak disiapkan. Sehari dok termenung...basically no idea. Info dah banyak dikompolkan tapi nak start memo tu YaRabbi....itu yang aku benggang tu kalau dah siap Boss amend here and there sampai "Terima Kasih" je yang tak dibetulkan hah...termasuk alamat, tak diamend. Lain-lain tu...hm...semualah dibega-bega cam kira buat memo baru lah! Padahal yang aku benggang tukar ayat, betulkan perkataan dari active ke passive atau dari passive ke active....Benggang.....tapi tak apelah.... Boss.....kalau tidak takkan dia jadi Boss kan....!

Thursday, August 17, 2006

Sepanjangan dua minggu ini aku begitu sibuk dengan tugas...persiapan untuk mesyuarat bulanan jemaah pengarah...hish...malas nak fikirkan fasal kerje! Balik lewat Myhubby senyum sinis je...itu masih alright..sebab ade gak senyum nye kalau dilemparkan dengan kata-kata sinis...berdengung lah jawabnya telinga ni...Syukur...Myhubby memahami.

7-9 hari bulan sebelumnya kami sekeluarga ke Kota Kinabalu...excluding Myhubby, sebab dia sibuk baru balik dari kerja luar negara kenelah buat report, assignment, presentation etc....biasalah tu...tak pa lah lagi pun banyak lagi masa kami bersama nanti. Cuti sekolah ni ingatkan nak ajak dia berjalan dengan anak-anak...tapi gi mana aah?!

Berceritakan tentang kerje...bosan...macam-macam nak kene buat , itu satu hal, nak kene perfect another thing...kawan sepejabat...cam-cam ragam...yang baik ngan kita tu okla...memang baik dan best je kalau datang ofis tapi kalau asyek nak cari salah kite je... itu yang hish....bila nak Jumaat! Sometimes kita dapat rasakan ketidak seronakannya bekerja...hendak-hendak masa tengah kerje banyak ...orang lain tak nak bagi coorperation ...dah ade je yang kite buat tak kene...and lagi mengharukan ....ade je yang tukang sibuk-sibuk...make things worst....Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah...tension! Lagi tension kalau buat memo tak siap-siap......Aaaaaaaaaaaaaaaaaah lagi tension!

Friday, August 04, 2006

Inilah keluargaku....gumbira je kami kan...gambar diambil semasa bercuti di Cameron Highlands...memang saat yang menggumbirakan tapi masa tu si bongsu Luq kurang sihat...tapi digagahi juga untuk join kami-kami yang sihat....inilah masa kami lupakan masalah-masalah yang ade rasa cukup bahagia dan tenang sekali, rasa bertenaga untuk menghadapi hari-hari yang mendatang. Tapi sering juga kami dihadapkan dengan masalah-masalah yang yang kronik...masalah rumahtangga yang orang kata biasalah...lidah lagikan tergigit inikan pula suami isteri! Tu tak masuk masalah dengan anak-anak...anak sakit ke...anak tak nak buat homework ke....macam-macam lagilah! kalau tengok teman-teman lain yang bermasam muka dengan spouse they all, aku cuma tersenyum...dalam hati jelah tahu...semua orang mengalami masalah yang sama cuma jenis masalah yang berlainan...sometimes could be the same also cuma ceritenya je lain...kalau tengok drama, especially drama Melayu....kalau aku atau sesiapa yang berkata, "logik ke cerita tu?" pasti ade orang lain yang berkata..."logik gak sebab so and so.... "

Kalau aku tengok drama bukanlah actor atau actressnya yang menarik minatku...sering kali intipati cerita tu sendiri....pengajaran yang kita pelajari yang akan aku gunakan untuk diriku sendiri atau kawan-kawan sekerja yang rapat. Bukanlah cerita cintan-cintan biasa tu ...bosanlah cerita cam tu...tapi.....kadang-kadang layan gak! Itu saja, melayan nostalgia....
Memanglah kebanyakkan cerita lebih indah rupa dari khabar....kekadang terover dan tak logik tapi itu yang menyedapkan, kita melopong depan tv sampai kekadang anak-anak pun jadi bosan dengan kita. Entahlah, aku, semakin umur meningkat suka bebenor melayan cerita melayu....masa muda-muda dulu ...standardlah konon, tengok drama/movie orang putih je....Top Gun tu entah berapa kali aku tengok tak masuk lagi Flashdance...tengah nak SPM pun curi-curi tengok....mau lapan kali, beb...tapi bukan lah tengok wayang, setakat video kat rumah je! Tak masuk sitcoms yang best-best like...eh eh dah lupa lah hmm.. Happy Days, lupalah pulak.. Hehehehe...kesian anak-anak aku tengok gerak khas, sudahnye!

Thursday, August 03, 2006

Komuter buat hal lagi semalam....abisnya aku sampai ofis kol sembilan suku....hai...ngalahkan CEO dah lah ni. Masa menunggu-nunggu komuter yang bayangnya pun tak nampak, menyumpah gaklah...afsal lah komuter ni tak abis-abis buat hal...seloroh aku pada teman sebelah yang juga tampak mengeluh-ngeluh dari akak anak dara, dah kahwin dan dah beranak tiga dah...macam ni lah komuter! Dia tersenyum dan mengiakan kata-kataku berkata, iyelah tak da improvement langsung! Dalam keadaan ini teringatkan masa kami sekeluarga tinggal di Jepun...bukan nak puji negara orang bukan nak menangkan negara orang ...aku tahu....disitu bumi dipijak disitu langit dijunjung, tapi contoh yang baik di Jepun cos kita sebenua dan kita pun nak maju cam depa tukan...kat Jepun tu bukan aje masa yang tepat tapi coachnya pun berhenti di tempat yang memang disediakan untuk penumpang beratur....waa...impressive gitu. Seingat aku ada sekali waktu pagi aku menaiki train tapi ntah ngapa dalam perjalanan train lambat sedikit...sampai aje kat destinasi aku tu, terlihat agak ramai yang mengambil sekeping kertas tak tahu lah apa tapi kemudian diketahui pengesahan pada majikan penumpang mengatakan bahawa train lambat....Oooo...cam tu sekali!
Semalam bukan aje sesak cam dalam tin sardin...bau, satu hal, virus pun ye (sebab adelah minah tu terbatuk-batuk, elok je depan muka-muka yang tersadin depan dia!) siap ade yang bergaduh tu! Perang mulut...hish...tak patut tol, siap keluar perkataan yang tak patut dikeluarkan....Fikirlah, naik public transport, biasalah sesak-sesak ni, bukan naik kereta sendiri ... selesa, kalau orang tertolak dari belakang janganlah nak marah tak tentu hala...aku puji ade sorang kakak ni, ade minah ni cam naik suaralah, kak janganlah tolak-tolak.....aku kebetulan depan dia muka akak tu cemas sebab orag belakang berasak-asak menolak untuk cepat keluar, namun masih tenang dia menjawab, jawabnya dengan nada tenang.....bukan akak orang belakang...aku tersenyum, sebab kalau aku sure kejar minah tu dan bagi jelingan maut je kat dia....hish....bertimbang rasalah....sama-sama nak menikmati pengangkutan awam kiat yang serba moden dan canggih nih....!
Aku kalau ceritakan tentang kehidupanku bersama komuter KTM menang tak abis satu hari...memang, makan hati dibuatnya tau!

Tuesday, August 01, 2006

Semalam hari kedua aku puasa sunat bulan rejab. Balik ofis awal sikit untuk beli juadah berbuka puasa, dah agak dah Mak dan Abad mesti puasa jugak. Sampai rumah Mak, Izzat dah tido... hai belum kol 8 dah tido dah....selesai buka puasa solat maghrib kemudian sembang-sembang ngan adik yang kebetulan singgah rumah Mak untuk ambil anak-anak dia yang jugak stopover kat rumah Mak lepas sekolah. Dalam pukul 9 terkecoh-kecoh nak balik teringatkan lagi dua hero kat rumah! Izzat bukan main susah nak dikejutkan...last-last fikirkan esok ada mesyuarat pagi, Abah orang tinggal ajelah Izzat kat sini nanti Abah hantar dia ke sekolah esok ye.... Abah mengangguk...setuju Mak pun setuju aku pu terus balik ke rumah. Heran kan, belum sampai rumah aku dah teringatkan Izzat....dah rasa rindukan anak aku tu....esok balik awal sikit, janjiku pada diriku....pelik pulak kalau Myhubby ke Jerman sebulan, tak rasa ape-ape pun...rindupun tidak tapi anak ni, lebih aku terasa kehilangannya...terfikir kalaulah hantar dia ke asrama cam mana lah, kan. Sampai aje di rumah, Haziq dan Luq berlari-lari ke arah ku dan salah satu mesti akan memeluk kakiku!....pantas saje mereka bertanya, Izzat mana Ma? ooo mereka pun teringatkan abangnya sebab dah biasa balik kami mesti berdua!....Malam bila aku mengangkat Haziq ke kamar tido, dia bertanya lagi, Izzat mana, Ma? aku menjawab lagi rumah atuk...baru dia melelapkan matanya...that is the bond that I want them to instill for the rest of their lives...berkasih sayang sesama saudara...yang hadir di dunia ini dari satu rahim...tapi bagaimana nak aku preserve such bond antara mereka? Memanglah mereka bertiga sering berkelahi, bergaduh bermasam muka berbalah apa lagi yang tak da dalam kamus hidup mereka...asal main mesti ada yang menangis dan melalak! Tapi itu tidak memutuskan kasih sayang mereka sebagai saudara...seibu dan sebapa...mereka peka apa yang berlaku pada setiap saudara mereka...namun adatlah adik beradik kalau kami dulu perempuan bertarik-tarik rambut...anak-anak lelaki ku pulak bertumbuk dan mencubit....itu weapon theyall apabila bergaduh....dan sering yang rasa teraniayalah yang akan datang menangis mengadu pada Mama atau Abahnya! Namun semalam dalam ketiadaan Izzat...aku melihatkan keindahan hubungan mereka adik beradik...sering mengingati satu sama lain sehingga aku terasa tersentuh dengan pertanyaan Haziq yang waktu itu sudah sepatutnya menyambung alam mimpinya! bertanyakan orang sering memarahinya sering bertumbukan dengannya....dan ini bukanlah kalipertama...
Antara aku dengan kakak dan adik perempuan ku ntahlah aku kurang pasti siapa yang aku anggap rapat denganku tapi hakikatnya ...umpat tetap umpat...tapi buat aniaya tak mungkin...kalau si akak mengumpatkan siadik aku pun on jugak....dan kalau siadik umpatkan si akak aku pun on jugak....tapi on aku tak sampai fitnah dan aku tahu memang betul apa yang diumpatkannya cuma meluahkan perasaan dengan perangai sibling kita tu....kalau tokoh tambah pun kira exchange of stories je.....that all I don't mean anything....takda malicious intention ... tapi kalau aku pun cam tu gak buat bende yang adik beradik kureng dah tentu kena umpat ....sindir menyindir tu tak yah cakap le...tapi kami orang selalunya umpat2 ni tak lama dua tiga hari seminggu dua, sure dapat tahunyer siapa yang mengumpat dan kene umpat! Tapi itulah bond yang dah lekat dalam hati kami...selain dari sindiran, kata mengata...itu hanya sekadar usik mengusik dan gurauan semata.... cos we can never go beyond that! Walaupun kami cam tu dari kecik terik-terik rambut...cubit dan tendang kaki....nak katakan kami adik beradik thaaaaat close tak jugak...tetapi kalau ada diantara dalam kesusahan...but we know that we're not alone!
Part adik lelaki ni susah sikit sebabnya adik lelaki aku tu lepas kahwin je terus lekat dengan bini dan keluarganya! so..not much comment tapi ok jelah...hubungan kami baik tapi sampai nak tanya apa khabar hari-hari ke seminggu sekali tu taklah tapi sebulan sekali tu tanya jugaklah kat Mak atau Abah eh, abang cam ner....lama tak dengar cerita dia....hah setakat tu jelah...Mak aku antara senyum atau moncong je ...senyum sebab anak jantan kesayangan dia tu baru je jumpa dia atau belanja dia makan, moncong sebab anak jantan kesayangan dia dah lama tak jenguk-jenguk muka kat dia....kami ni kalau problem duit.....who else Makkkkkkkkk............! Adik beradik perempuan tak obvious sangatlah kecuali aku kot....atau pakai dulu Mak ye...sat lagi bayar.....janji manis je tu....Mak pun dah faham bebanor anak-anak dia..... adik beradik jantan yang dua orang tu hmmm................what's new? Oh, adik lelaki bongsu........sekarang ni kat Jepun study lagik umur dah 30! ...dengan kami adik beradik perempuan OK sangat....cuma dia tu OKU atau Orang Kurang Upaya kesiannnn..... dia kan.....sebab dia belum ada rasa nak kahwin...!

Monday, July 31, 2006

Akhirnya hari yang tak ditunggu-tunggu telah tiba dan dah berlalu pun....aku menjejaki ke alam wanita empatpuluhan! Urgg.....tak caya lah...tak naklah....nak maintain 39 boleh tak?....kalau difikirkan......memang dah tua! Mula-mula masuk duapuluhan....masa tu tersenyum-senyum...fikirkan, tak lama lagi boleh kahwinlah.....( masa tu dah ada boyfreind... rasanya boyfriend tu lah sampai mati....konon!)
Dah tu bila masuk tiga puluhan, tersenyum gak.....walaupun suspen member sume dah beranak pinak kita ni masih terhengeh-hengeh tukar-tukar keje....nak jadi wanita korporat lah katakan....fikirkan masa masuk 30 tahun tu dah ade karier stable, dah dapat status manager dah......gaji pon dah ok sesangat.....keje pun ok....dah matang....perlu cepat kahwin......dan lepas kahwin perlu tumpu pada carieer....senyum gak...fikir eh, life just started, mannn!
hehehe....
masuk empat puluhan.....sedih....sembahyang tahajjud boleh dikira berapa kali aku laksanakannya...dua kali itu pun masa kat universiti....Ceteknya ilmu, nipisnya amalan!
So...dah forty ni...azam ku jadi muslimah yang baik......isteri, ibu dan employee yang baik....tapi baru semalam aku memukul si Luqman....geram dengan perangainya yang kadang-kadang sememeh tu.....cam ne? dan hari sebelumnya aku dah termiss isyak.....Ya Allah...tunjukkanlah jalanMu...YaRabbi....afsal aku miss isyak...ni gara-gara tengok movie pastu kata dalam hati lepas abis movie mesti solat tapi lepas movie...rasa penat...apa taknya concentrate giler....mengahayatilah katakan...itu yang terbaring atas katil ingatkan untuk beberapa ketika, saje nak melepaskan penat hm...pastu....hm.....wasallam jelah.....Teringat pulak tak sampai semingggu, Hani Mohsin meninggal baru 41 tahun...Innalillah...that serves as a warning, myfriend...I'm talking to myself!!!
So, lepas hari ni tak de compromising bab ugama ni...pada anak. pandai tengking2 soh solat, ibunya......?! Itu aku akui perlu kubaiki...bagi mencapai objektif menjadi muslimah yang baik, setanding dengan umurku....
MyHubby lak dah masuk 41....masa dia baru masuk 40...aku cuma dengar dia mengeluh, umur dah 40 anak baru darjah satu!.....iyelah Izzat baru 7 setengah tahun belum pun 8 tahun dah lebih setengah tahun dah, darjah dua, Haziq 5 tahun setengah dan Luqman belum 4 tahun... Terfikir, kenapalah kahwin lambat....tapi iyelah soal jodoh pertemuan ajal maut semuanya ditanggan Allah...."kita merancang...DIA menentu segalanya..." itu formula yang tak boleh kita tidakkan....so dengan formula itu jugak perlu kita berusaha, berdoa dan bertawakal...lain-lain formula tak'de....
So, sempena aku dah 40....empat puluh....!!! since aku ni manusia biasa...cuba menjadi muslimah yang baik disisiNya...dan akan terus cuba selagi terdaya untuk mencapai objektif ku itu. Dan itu jugalah keazaman yang kusematkan dalam diriku! Bagi MyHubby, kepulangannya kunantikan....My 3 hero(es), Mama akan cuba menjadi isteri dan ibu yang terbaik....!

Thursday, July 27, 2006


Malam semalam aku menerima panggilan talipon Myhubby dari Jerman. Perbualan kami biasa-biasa saje...memanglah petang sebelum menghantarnya ke KLIA untuk ke Frankfurt, kami bergaduh...gaduh besar jugaklah..ntah apa-apalah aku ni kadang-kadang memang kaki cari gaduh! Izzat bertanyakan abahnya Abah, bila nak balik ?....agaknya rindu kot kat abahnya! Fikiranku tak ke lain hanya memikirkan kalau Myhubby ada kat umah...hish, penat...nak kena masak bagi dia makan layan dia lagi kat meja makan (sometimes onlylah) tengok anak-anak lagi...kalau dia tak'da hm...slot masak tu tak'de...so....senang rilex-rilex tengok tv kendian tido...sambil tu boleh main dengan anak-anak! Kalau masak dah sejam kat dapur, siap sedia makan, tukar baju, sembahyang kekadang buat wirid sikit-sikit......siap semua kekadang anak-anak dah tidur, kecuali Luqman yang kecik tu liat sikit nak tidur tapi kalau dia mengantuk sekejapan je dah lelap! Tapi kan sering aku memujuk hati....itulah tugas isteri! teringat cerita Fatimah anak Rasulullah saw....tak terdaya nak mencapai tahap wanita sepertinya.... sipi-sipi pun jadiklah tapi cam ner aku selalu malas nak layan suami!? Fikir jugakla...pahala senang tu! Kesian Myhubby dapat wife cam aku ni kira 3rd class lah...hehehe kalau gaduh je 1st class! Takpe-takpe pujuk hatiku nanti dia balik aku beubah sikit sesuai dengan umurku yang akan mencapai 40 lagi dua hari ni...ooooo tua nyer rasa! Tertengok lak cerita Harrisson Ford dalam Random Hearts .....iskh.....menakutkan kalau berlaku pada hubungan suami isteri...tapi part romantik tu oklah...ehem...dapatlah aku menikmati sebab anak-anak suma dah tido...tak de pulak gangguan orang lain...biasanya Myhubby suka sangat kacau nak tengok sportslah WWElah.....hish...rimas sebab hilang konsentrasi! aku lebih suka tengok movie sorang-sorang best....senikata dia pun aku leh hafal tau!
Habis movie, tido....teringat jugaklah kat Myhubby...miz him though! Ingatkan dah nak masuk sembilan tahun kami hidup bersama....life must go on...love between us must always be cheerished.....I'm duty bound!

Wednesday, July 26, 2006

Seram sejuk seluruh badanku apabila membaca mengenai isu murtad...walaupun e-mail mengenai murtad ini telah berpuluh aku terima dan kebanyakkannya perkara yang sama, namun aku tak jemu-jemu membacanya...bagi mengingatkan diri ini tentang bahayanya murtad! Paling takut musibah itu melanda anak beranak dan kaum keluarga ku...Nauzubillah...mintak dijauhiNya dari musibah seumpama itu. Berceritakan tentang murtad kes-kes seperti Natrah, Aishah dan Lina Joy tu masing-masing ada significant nya....masing-masing membawa pengajaran yang berbeza. Padaku, yang paling menghayat hati adalah kes Natrah...masa kes Natrah tu terjadi memanglah aku belum wujud di dunia nan fana ini tapi meminati untuk mendalami kes tersebut bila aku di universiti....teringat aku bukan aku saja yang mengalir air mata tetapi sedang aku membacakan sebaris demi sebaris cerita mengenainya, teman sebilik yang ku anggap adik itu teresak-esak menangisi nasib yang menimpa gadis bangsa Belanda yang bernama Natrah itu...dan aku simpati dengan emak angkat Natrah, suami Natrah dan tentu sekali...Natrah! Aku kagum dengan keperihatinan saudara seIslam zaman British dulu yang sanggup menzahirkan sokongan mereka memperjuangkan hak sesaudara islam mereka..tapi akhirnya gadis itu berjaya dipisahkan dengan insan yang bergelar ibu dan suami yang baru dinikahinya...hm..Natrah dimurtadkan jua!
Apa sudahnya kes natrah itu sememangnya mengharukan...menyedihkan namun ianya berulang lagi di zaman ku....tetapi dalam senario dan circumstances yang berbeza! Lebih menyedihkan kerana gadis yang bernama Aishah dimurtadkan sedangkan dia dibesarkan dikalangan orang-orang Islam dan tinggal dalam suasana keislaman yang sekitarnya mempunyai berbuah-buah surau dan masjid! dan tika itu bukan penjajah tetapi di dalam negara yang bergelar negara Islam! Sedihkan what is to become our new generation, then? Namun murtad terjadi juga.....dengan kesedihan yang berbeza kerana gadis yang sopan bertudung itu disadurkan dengan kasihsayang cinta asmara yang entahlah aku tidak tahu dengan pasti apakah itu yang mendorong gadis itu sehingga sanggup mengengkari Allah!
Kes Lina Joy pula berbeza...mengaku tidak pernah mengamalkan islam sejak lahir.....mana ibubapanya? mana saudaranya?......mana jirantetangganya...mana guru agamanya di sekolah? teman-teman sekelas, sebus yang beragama Islam? Apakah dia hidup beseorangan ?
Surah Al-Baqarah : 212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
The life of this world is alluring to those who reject faith, and they scoff at those who believe. But the righteous will be above them on the Day of Resurrection; for Allah bestows His abundance without measure on whom He will.
Apa yang boleh dilakukan hanya dengan membina dan meneguhkan keimanan kita, anak-anak dan keluarga....memperkuatkan usaha untuk lari dari mungkar dan pastinya terus berdoa agar hidayahNya tidak akan pudar dalam hati dan sanubari kita dan keturunan kita, InsyaAllah semua itu takkan berlaku dan kita akan berjaya!

Thursday, July 20, 2006

Pagi-pagi lagi dah terima panggilan dari kak Dewi. Apa hal lak, pagi-pagi dia talipon ada apa..agaknya menantu dia dah melahirkan kot, aku cuba meneka. Oh, rupanya selain daripada nak menyampaikan berita kelahiran cucu keduanya dia sebenarnya nak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Myhubby....Ooo...hari ni 20 julai...hari jadi Myhubby ke 41...eheh dah tua dah....lelaki yang telah kukahwini untuk sekian sembilan tahun....sampai terlupa harijadinya! Tapi for men, life begins at forty....so Myhubby masih setahun jagunglah....patutlah sejak duamenjak ni pinggan pun tak berangkat, gi dapur basuh tangan je....oooh...tapi tak pelaa...nak buatcamner...tengah ku mood baik ok kalau tidak...bersuaralah siisteri, hai pinggan sendiri tak tahu angkat ke?!

Kalau fikirkan mengenai perkahwinan...nobody is perfect! Bergaduh, bertekak, membalas-balas sindiran, ....semua lumrah suatu perkahwinan yang normal...tapi bukanlah suatu perkahwinan menurut Islam. Kekadang terfikir ngape sering mencari sebab bergaduh, kenapa tak pandai akur atau sekurang-kurangnya mendiamkan diri? Myhubby dari mula memang suka berleter atau lebih tepat menceceh...urgggggg....aku lak suka menyindir kalau tak buat dia terasa "hot" tak sah hidupku....lalu....terjadi pergaduhan, bertikam-tikam lidah sehinggakan berhari-hari tak bersapa...lebih tiga hari tak bertegur sapu tu dah masuk bab dosa... tahu tu...lebih lebih ngan suami...fikiran memaksa diri untuk "back to normal" tapi hati sekeras batu "hm...biar dia rasa!". terfikir juga biar dia rasa apa...Myhubby tu kekadang dia buat dunno....itu yang aku lagi marah...dia buat diammmmje...aku lebih suka kalau dia start menvcecah ade can menjawab dan sakitkan hati dia! Kekadang aku mogok dan tak masak hehehe.... berlaparlah suamiku di dalam pelukan bantal! Ciannn...lepas semingu baru aku ready back to normal. By that time dia pun dah in steady position...so life goes on....like a circle....sampai masa gaduh...baik balik...gaduh and on and on.... kalau direnung-renungkan sekarang...sebab musabab pergaduhan selalunya bende kecik...pon kadang kala boleh nak cerai berai ish...Nauzubillah, mintak dijauhkan! tapi peliklah, mesti mau gaduh nyer, mcam dah jadi routine!

Wednesday, July 19, 2006

Jenuh memikirkan apakah yang mendorong Siti Nurhaliza mahu bersama Datuk K...jawapan yang ku dapat hanyalah "ikut perasaan dan nafsu....". Sepanjangan jalan balik petang semalam sedang leka mengenangkan cerita Ct ngan Datuk K, tiba-tiba tergerak mindaku berfikir....buat apa nak membebankan fikiran memikirkan isu yang kalau dibandingkan dengan isu zionisme dan nasib umat di Palestine tu....terlalu kecil and not worth to think about it ..... Biarlah Ct dengan hidupnya dan dunianya.....dan kita pula dengan Ourlife OurWorld....yang lebih realistik bukan khayalan!

Tapikan bercerita tentang cinta... setiap orang mempunyai kisah cintanya sendiri...aku memang berangankan alam percintaan yang perfect...bukan percintaan yang penuh mitos....macam percintaan romeo and juliet atau titanic...tapi disayangi, dikasihi, dihormati, dirindui sepanjang waktu ... everything goes on smooth...no hanky panky...ala-ala cinta pretty woman ke, sleepless in seattle ke .....tapi iyelaaa...tak semua yang kita hendak tu kita dapat,kannn.... berangan jela....boleh berangan pun ok jugak daripada jadi orang yang tak ada idea nak berangan...pesimistic..tak'de vision and most of all not creative at all...! Kalau difikir-fikir, memang indah zaman bercinta...tak ada suatu masa yang seindah masa bercinta. Kalau sedang bercinta semuanya indah, semuanya best jer...tak fikirlah pasal orang lain langsung. Ingatan kita hanya si dia..ehem... Well, that's the fact. Love makes us happy. We dress the best and we always want to look the best. Tapi kalau putus cinta...Urgh....sama ada bala tu datang dari insan yang sekaum dengan Datuk K ataupun sekaun CT (berul ke perampas, huh?)

....hehehe...apa-apa pun beware man with moustache...bahayo boleh jadi lemah kita, tau!

Tuesday, July 18, 2006

Perjalananku ke pejabat cukup meletihkan. Udah le tak dapat tempat duduk, penuh memanjang...aku sempat nak menyandar pon! Namun tesenyum sendirian pabila terlihat seorang wanita tertidur (atau segaja menidurkan diri) comot sekali ...(bukan kutuk, menyampaikan fakta!) kerana tak padan dengan outfit yang bergayanya itu dengan aksesorinya yang sedikit over bagi orang yang nak ke kerja menaiki pergangkutan awam!....keletihan kukira...

Sepertiku, pagi bekerja, petang bergegas pula untuk pulang, menyediakan makan malam, melayan anak-anak dan suami, yang kekadang berlagak bagai anak kecil...sediakan tempat tidur dan sepajangan malam berfikir apa yang perlu dibuat untuk esok dan bagaimana masalah pejabat perlu diselesaikan....itu kalau ada masalah di pejabatlah! Kalau dipejabat pula bergelumang dengan kerja-kerja yang tak putus-putus....eerg...

Bila komuter hampir ke perhentian Bank Negara, aku maju ke hadapan sedikit untuk ke gerabak pertama....terlihat pula seorang wanita yang sedang menulis sesuatu....dengan serius...dalam hatiku terdetik, kita ni pompuan tak habis-habis bekerja....aku tersenyum padanya bila dia terdongak ke atas sedikit dan tak sempat aku melihat balasan senyumannya itu, aku bergerak lagi ke hadapan....sepanjang-panjang langkahku ke pejabat aku hanya memikirkan bebanan kerja yang perlu kuselesaikan....

Sebelum itu, seperti biasa seawal pagi, Izzat kehantar ke sekolah. "Nak minum..." tahulah aku isyarat minta wang sakunya RM1.00....kalau tak pun isyaratnya dengan merengek, "laparlah....." fahamlah aku tu...jangan lupa hulurkan wang koceknya seringgit! Kalau tak balas dengan memberi sedikit affirmation yang kita akan berkan seringgit, selagi itulah dia merengek-rengek....lapar...nak makan...memacam lagilah skill merengek yang ditunjukkan! Salam ciuman dari seorang anak yang tak tahu betapa sayangnya kita padanya ku balas dengan dakapan dan kata-kata I love you.....dia tersenyum....dan aku terus menarik tangannya dan memaksanya membalas ucapan sayangku itu "cakap...I love you too....." kali ini memandang Izzat dengan pandang serius...lantas dia pun dragged himself into saying "I love u too." dengan nada ndak tak ndak ......anak itulah anak....anak aku!

Monday, July 17, 2006

Hari ini kurasakan masa berjalan dengan pantas...setiap saat minit dan jam berdetik memintas masa dan meninggalkan kita yang masih terkapai-kapai berlumba dengan putaran waktu. Aku masih begini...menghabiskan masa dan waktu di atas bumi Nya melakukan amalan sebaik mungkin. Hari ini seperti hari-hari yang lain, waktu berlalu begitu saja...anak-anak kian membesar ..tak jauh di depan mata cuma ...namun...teka-teki sering menyelubungi perasaan, sempurnakah penjagaanku, didikanku, kasih sayangku terhadap mereka....terasa bagai tulang empat keratku sudah longlai....tak pasti dapatku laksanakan tanggungjawabku sebagai seorang "ibu"!

Hari ini seperti biasa, seawal pagi aku telah menghantar Izzat ke sekolah. Salam dan ciuman tak pernah miss...kulepaskan dia ke sekolah dengan berbekal doa jadikanlah YaRabbi...anakku ini seorang yang beriman lagi soleh....
Kekadang perasaan takut datang menjelma...takut di antara persimpangan jalan...Izzat tewas...aah...kan kuterus berdoa dia takkan tewas...naluri keibuanku berkata memujuk hati dan terus menerus menadah tangan memohon kekuatanNya dan petunjukNya buat Izzat dan anak-anak yang lain.

Setiap hari berlalu, aku tetap sebegini...masih dengan bebanan tugas di pejabat...mana masa untuk memikirkan menu anak. baju anak dan kerjasekolah anak. Setakat menu dan baju anak-anak, pembantu saja yang uruskan...semua diuruskan kecuali bukan diuruskan oleh insan ini yang bernama "ibu"...

Maafkan Mama....kesabaranku pada tahap paling minima...tak berdaya mengawal kemarahan, tak terdaya memberikan layanan tanpa marah atau herdikan....Maafkan Mama....bila waktu akan berhenti seketika untuk kuperbaiki diri ini....dan meneruskan hidup seperti biasa dengan gelak tawa anak-anak yang tidakkan henti menjadi penawar diri yang makin lupa tanggungjawab.....