Friday, June 20, 2008



HAPPY BIRTHDAY, DEAR MARYAM!

Look at her, so cute just like he Mama.... cuter??
For the Album:
My Maryam, one month old - one year old!

MARYAM DAH SETAHUN!

Pantas betul masa berlalu.

Masih segar diingatan, detik melahirkan Maryam Kamilia. Jam 2 petang, 12 Juni 2007 melalui pembedahan c-section oleh Dr. Siti Esah di SMC. Kelahiran Maryam ini sangat-sangat dinantikan oelh ramai ahli keluargaku seperti kakak, yang tidak mempunyai anak perempuan cuma tiga anak lelaki dan yang paling bongsu sewaktu Maryam dilahirkan adalah darjah 5. Kemudian of cos my parents, sebab they knew all along that it was gonna be a girl and having 10 cucu lelaki out of 12 cucus at that time so....and other siblings of mind and of cos my friends too (Kot...). Selepas kira-kira lima tahun setelah melahirkan anak ketigaku, Luqman di Hiroshima, Maryam dilahirkan dengan penuh kegembiraan. Dapat anak permapuan yehyeh....I guess my hubby was the happiest after a very long awaiting time for a girl as he believe anak peremuan aje akan jaga mak ayah!? Hmmm... to me its a distorting view, cos kalau didikan betul diberi InsyaAllah all of them will look after us.
Kalau dihitung-hitung, bayangkanlah kalau aku menikah sebaik saja lepas U...mahu lapan dah kot, anak-anak...ini menikah masa umur 30 tahun, kalau jaman mak, dah kiran anak dara terlebih umur, tapi jaman kami kira terlambat sikit je, dan sekarang ... nikah umur 30 tu kira standardlah! Hm ...nikah umur 30 anak, empat...Ok sangatlah tu. Just imagine me at the age of 60....(harap-harap taklah bertongkat) and Maryam just turned 18!

Well, at birth, Maryam weight 3.8kg. Biggest among her siblings cos Izzat weighted 3.25kg, then Haziq was 3.75kg and Luqman was 3.6kg. Sekarang ni Maryam dah 8 kg (her doctor commented that she is a bit underweight) tapi masih berdukung dengan mama dan abahnya kesana dan kemari. Berjalan lambat (belum lagi berjalan) tapi gemar membelek buku....good sign, huh!.... sekarang ni dia dah pandai bergelang, (sebenarnya, Mak dia yang dah pandai pakaikan anak dia gelang...) eee, comellah Maryam pakai gelang dan rambut pun dah panjang....hei kusut masai kalau time dia moody, bercampur dengan peluh. Kalau nak dibuatkan poneytail....bukan main susah! Hobi dia menetek (hee...tak puas-puas ke....?). Maryam's favourite food is pumpkin and potato in chicken soup.....air paling digemari air susu ibu dan masa paling dia suka of cos menetek time, dia ngan mak dia sekali tido!

Itulah cerita anakku Maryam.

Wednesday, June 11, 2008

HARGA MINYAK NAIK ... dari RM1.92 sekarang RM2.70....Hai pening kepala. Belum apa-apa tokei bas sekolah anak-anak dah sms, kami akan naikkan tambang bas mulai bulan depan. La...naik? Nak cakap apa, naiklah. Memang patut naik pun kalau tidak macam mana dia nak survive. Pergi balik sekolah seorang RM50.00 tiga orang dah RM150.00 kalau tambang naik nanti entahlah berapa. Kalau ikutkan kenaikan yang diumumkan oleh Ketua Islam Hadari tu, tentulah kenaikan 40%. Adoiii...itu baru tambang bas sekolah. Selepas saja kenaikan minyak diumumkan, berita kenaikan elektrik pula menyusul....hah! tu tak masuk lagi kenaikan harga gula dan tepung dan macam-macam lagi lah... naik..naik dan naik...

NAIK...NAIK... kalau dua bulan yang lalu den seronok menikmati kenaikan gaji 25%...seronok sangatlah tu... so den dah naikkan simpanan tabung haji den ..eik-eik.. naik minyak pula hmm...kena potong baliklah jumlah simpanan tabung haji den tu, silap-silap......??!

Kerajaan pun kata akan kaji syarat untuk beri kelepasan pada kakitangan awam untuk bekerja sambilan selepas waktu kerja gara-gara kenaikan kos sara hidup. Maknanya elaun sara hidup yang diberi oleh kerajaan tak cukuplah.... Kalau difikir-fikirkan memang kos sara hidup di KL ni TINGGI berbanding dengan jumlah pendapatan yang rakyat marhaen perolehi. Den tak mampu nak bershopping kat KLCC tu...memang tak mampulah....jangan cakap pasal shopping kat kota metropolitan tu ... kecualilah potongan elaun keraian PM, TPM atau jemaah menteri tu diberi kat den dan keluarga den!