Wednesday, June 11, 2008

HARGA MINYAK NAIK ... dari RM1.92 sekarang RM2.70....Hai pening kepala. Belum apa-apa tokei bas sekolah anak-anak dah sms, kami akan naikkan tambang bas mulai bulan depan. La...naik? Nak cakap apa, naiklah. Memang patut naik pun kalau tidak macam mana dia nak survive. Pergi balik sekolah seorang RM50.00 tiga orang dah RM150.00 kalau tambang naik nanti entahlah berapa. Kalau ikutkan kenaikan yang diumumkan oleh Ketua Islam Hadari tu, tentulah kenaikan 40%. Adoiii...itu baru tambang bas sekolah. Selepas saja kenaikan minyak diumumkan, berita kenaikan elektrik pula menyusul....hah! tu tak masuk lagi kenaikan harga gula dan tepung dan macam-macam lagi lah... naik..naik dan naik...

NAIK...NAIK... kalau dua bulan yang lalu den seronok menikmati kenaikan gaji 25%...seronok sangatlah tu... so den dah naikkan simpanan tabung haji den ..eik-eik.. naik minyak pula hmm...kena potong baliklah jumlah simpanan tabung haji den tu, silap-silap......??!

Kerajaan pun kata akan kaji syarat untuk beri kelepasan pada kakitangan awam untuk bekerja sambilan selepas waktu kerja gara-gara kenaikan kos sara hidup. Maknanya elaun sara hidup yang diberi oleh kerajaan tak cukuplah.... Kalau difikir-fikirkan memang kos sara hidup di KL ni TINGGI berbanding dengan jumlah pendapatan yang rakyat marhaen perolehi. Den tak mampu nak bershopping kat KLCC tu...memang tak mampulah....jangan cakap pasal shopping kat kota metropolitan tu ... kecualilah potongan elaun keraian PM, TPM atau jemaah menteri tu diberi kat den dan keluarga den!

No comments: