Monday, October 16, 2006



Innalillah...kawanku Azlina Md Deros telah pulang ke Rahmatullah tanggal 15 Oktober 2006 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1427 pukul 10:15 pagi. Kauthar sms aku dan lewat tengahari baru aku berpeluang membaca pesanan tersebut.
Selepas menerima berita pemergian itu, sedih menyelubungi persaan dan sanubariku...badanku terasa lemah...mindaku hanya memutar saat-saat kami bersama semasa hayatnya. Aku pasrah dengan takdir, redha dengan qada' dan qadarNya...ini yang terbaik untuk Azlina! Tuhan lebih sayangkannya dan sebab itu diberikannya ujian demi ujian dan akhirnya mengambilnya semula ke alam baqa'.
Aku membayangkan dia menanti kawan-kawannya ke rumahnya di Alor Gajah...kedatangan untuk mengucapkan Selamat Tinggal....tapi tiada seorang pun yang dapat menghadirkan diri ke pengkebumian Azlina dek kerana komitment yang ada...aku merajuk dengan suami lantaran tidak dapat pergi ke Alor Gajah....aku merajuk hingga waktu berbuka. Sedih kerana aku tahu pasti rohnya meunggu kedatangan kami yang dianggap teman rapat yang sering menghabiskan masa sarapan dan lunch di pantry tingkat 11....
Aaah...menyesal tak ku tunaikan kewajipanku sebagai teman...yang sepatutnya melangkah terus untuk mengucapkan pada Azlina Selamat Tinggal....tak dapat aku mengucupmu buat kali terakhir....!Aku hanya mampu berdua' dan mensedekahkannya ayat-ayat suci Al-Quran, semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
Pagi lagi aku diingatkan oleh Roslee bahawa kereta pejabat yang akan ke Alor Gajah akan bertolak pukul 8:40 pagi. Hati kecilku berkata, tak guna pergi dia tak tahu sebenarnya kita datang and that we really care about her....! Tapi kakiku cepat melangkah ke tingkat bawah untuk ke kereta pejabat....biarlah aku ke pusaranya saje berkata hati kecilku memujuk.
Sesampai saja kami di rumah ayah dan bonda Azlina, kelihatan anaknya Ayu (4 tahun) bermain-main di luar rumah dengan beberapa orang sepupunya. Bonda Azlina menyambut kami dan memeluk kami dengan erat tanpa air mata. Ku peluk erat Bondanya sedih dengan pemergian seorang teman juga berbekalkan hati yang penuh kesal kerana tidak menghadiri pengkebumian Azlina semalam...
Life has to go on...masa kami sampai, Abang, anak sulung Azlina (7 tahun) baru bangun dari tidur, kepenatan dari semalam....celik-celik terus menerpa mainan dan berterusan main sehingga dimarahi nenek, pegi mandi! Abang tidak menghiraukan kata-kata neneknya tapi terus bermain...dan adik juga begitu. Terdengar suara Abang berkata, Ibu dah meninggal! Aku merenung gerak gerinya....kehilangan yang dia tentu tidak dapat gantinya.....Abang masih tidak faham dia telah kehilangan seorang ibu....bagai sebutir mutiara yang tiada gantinya didunia ini.....dan dia akan kehilangan kasih sayang paling suci antara manusia ciptaan Allah! Setiap kali memandang mereka, hatiku berdetik, apakan jadi dengan Abang dan Adik, ibu dah tak'da.....kesian! kesiannya mereka....tinggallah mereka dengan insan yang bernama Abah...bergantung kasih sayang dengan atok dan nenek yang masih kuat kederat menjalani kehidupan seharian.
Pagi kami sampai Malik keluar menguruskan beberapa urusan yang tertangguh dan sehingga kami pulang, kami tak ketemu Malik yang setia merawat isteri yang derita dan sengsara kerana penyakit barah. Lega jugak aku tidak ketemu Malik, kalau tidak rasa bersalahku akan berlarutan kerana tidak datang melihat jenazah...
Sebelum berlepas pulang ke KL, kami ke pusara Azlina di Tanah Perkuburan Sg Buluh. Rezeki...rezeki Azlina! Ntah mengapa tersenyum kulihat pusaranya masih merah ditaburi daun pandan dan bunga kertas. Pusara Azlina di atas bukit di bawah rendangan beberapa buah pokok yang menghijau....dah rezekinya, didunia menderita kesakitan akibat barah payudaranya yang cepat benar merebak....tapi setelah dijemput ke alam baqa, Allah telah mentakdirkan pusaranya di tempat paling selesa, redup dan hening sekali!
Selamat tinggal temanku Azlina, kudoakan agar rohmu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Al-Fatihah untuk Azlina binti Azizah.

Monday, October 09, 2006


Sepasang Baju Melayu untuk Izzat, Haziq dan Luqman...dan Abahnya juga! warna sedondon...ala-ala purple gitu...cari warna yang dapat match dengan baju raya aku....menapak dari Maju Junction untuk beli baju melayu kat Wisma Yakin...harganya tak yah sebutlah sebab raya! Discount tu dah tentu kalau tidak memang tak beli!
Balik dari membeli belah...adui penat betul mengheret Myhubby dan anak lelaku ku yang tiga orang tu ke Wisma Yakin...bayangkan membelah lautan manusia yang sibuk membeli belah meredah gerai-gerai yang begitu banyak berderet sepanjang Jln TAR bukan selapis tiga lapis satu deretan gerai.....cobaan....tengok-tengok hati berlonjak nak tawar menawar saje untuk get the feel...untuk raya...tapi dek sebab anak yang dua tu tak posa asyeklah meragam nak air...Mama, nak air...Mama, nak air.... terpaksa mempercepatkan langkah kakai untuk sampai ke destinasi sambil mata meliar-liar mencari kot-kot orang menjual air.....dah minum satu cerita lain pula...Mama, nak makanan! Hm...anak2 semua mencuba baju mula-mula skim warna biru....dah cuba sakan part Myhubby cuba la....tak'da saiz...ok cari skim warna lain....purple lah pulak....try...try..Alhamdudillah ade..semua saiz tinggal lagi, semua nak kena alter sikit here and there! Dah bayar (lepas dua jam cuba mencuba!) terus naik ke tingkat atas untuk alter baju-seluar mereka tu...dah pulak lagi setenga jam.....dah ok...menapak balik ke Maju junction...sedang berjalan menuju ke Maju Junction...mata mula menyinggah ke gerai-gerai yang memikat hati...apa lagi gerai tudung, brooach...gerai baju...gerai kuih pun laa....jadiknya anak dah penat... yang tak posa tu kene pau lagi...nak air lagi so, kene berhenati kali ni kat temoat lain dapatlah berkesempatan untuk meninjau dengan mata je..gerai-gerai bersebelahan....Hah...hari tu posa terasa berat sungguh...kepanasan dek pancaran cahaya matahari yang terasa bahang panasnye hingga air luir pun kering!
Sampai kat rumah terus terbaring....baring kejap nak terlelap tu lelap kan terus mata untuk seketika sehingga Abah menegur, dah solat ke?kuatkan badan dan terus ambik wudhuk dan solat asar....
Petang tu keluar lagi ke pasar ramadhan..berempat, Myhubby malas nak ikut...bawaklah yang tiga hero tu....hah...sudah....ini nak itu nak...semua nak....Izzat okla sebab puasa yang tak puasa pun cam-cam nak...ingatkan malas nak layan tapi teringat daiorang tu tak makan lagi baru minum dua tin air....dengan sedikit mee sebelum keluar tadi...oklaa...beli jugak...nak mi oklaa beli mi...kuih sikit dan air cendol pulut....ikan percik dua ekor ngan sebungkus nasi lemak ayam goreng (Izzat nak.....) Bila balik....sudah nak berbuka....aduiiii.....shopping sakan je pasal penat betul hari tu...terasa sampai sekarang...Tobatlah...tak ndak dah gi shopping cam tu!
Penat cam mana pun malam 15 mesti tunaikan solat terawikh...dah penat sangat ... sayang solat sunat lain terabaikan! Sepatutnya Ramadhan ni diperhebatkan amal ibadat tapi kerana nafsu nafsi sebaliknya dihebatkan cara bershopping!

Tuesday, October 03, 2006

Kedatangan Ramadhan memang dinanti-nantikan...
Kadangkala sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja-kerja di pejabat, tetiba saja ingatan melayang mengingati teman-teman lama yang lama menghilang ntah ke mana...paling ingin kutemui Safiah...memang tak begitu rapat tetapi ada kesan persahabatannya dalam diriku. Terakhir aku bertemunya adalah malam persandinganku. Kulihat dia datang bersama beberapa kawannya. Ingat aku semasa kami di pejabat yang sama...dia bukanlah antara teman yang rapat tetapi kami share few moments yang masih segar dalam ingatanku! Dia pernah menjadi teman setia mendengar luahan masalah yang tika itu teman-teman lain sibuk dengan hal masing-masing!
Ntah mengapa sedang sibuk mencuri-curi masa menulis kad hari raya, teringat aku pada Kak Liza. Dia memang ku anggap sebagai kakak hatta umurnya pun setahun tua dariku...memenag dah lama kita tak bertemu dan duduk bersemabng seperti pernah kami lalui...berjam-jam... kali terakhir hanya sempat bersalaman di kedai baju di Maju Junction. Kak Liza dengan kawannya manakala aku dengan kawan-kawanku....
Hm...bila kita beralih tempat kita kan bertemu dengan kawan-kawan baru...tak kata kita lupakan kawan lama tapi itulaa....kawan lama makin lama-lama hilang dari pandangan...kita makin sibuk dengan kehidupan dan dalam penjalanan hidup kita seharian kita akan menempuh jalan berbeza-beza dan di kala itu kita kan bertemu teman-teman yang baru! Corak kehidupan kita kian berubah...dan kita akan menjalani kehidupan dengan priorities yang berbeza....bukan itu saja...nada dan topik perbualan juga kian berbeza....itulah kawan lama....seronok tu kalau sekali sekala dapat berjumpa menceritakan pengalaman yang berbeza!
Begitulah aku...walaupun bertemu dengan teman-teman baru tapi seringkali teman-teman lama menjadi harta berharga dalam kotak ingatanku...tak pernah aku lupakan teman-teman lama kerana aku sering mengambil masa mengenangkan saat-saat persahabatan kami.
Suara teman-teman di Kamsis A di UKM juga jadi kerinduanku...nama mereka satu persatu sudah kulupa tapi masih segar diingatanku wajah ceria mereka berbual, berlawak dan berseloroh memeriahkan suasana remajaku semasa belajar! Itulah takdir namanya!
Namun begitu percaya tak...aku juga ada teman-teman yang aku ingat tapi tak ada feel nak bertemu mereka....ada beberapa teman yang masih kuingat nama dan tempat mereka tinggal... tapi tak teringin nak bertemu...bukan kerana darjat atau harta buakn itu.....tak langsung dan tak de kena mengena....tapi pernah berlaku perkara-perkara yang tak mahu diingatkan...yang mengguriskan pun ada...luka yang akan berdarah semula jika bertemu muka! Begitulah....
....atau akan mengingatkan kebodohan kita...jika ditakdirkan bersua kembali! Hah...kehidupan ini lucu....namun kusedari sekiranya kehidupan ini dilalui berlandaskan hukum Allah...berpandukan sunnah Rasulullah...tak mungkin akan berlaku perkara sedemikian. Sering kehidupan dilalui dengan penuh nafsu dan keangkuhan...pandang ke atas sahaja ke bawah jarang sekali. Itu yang jadi merasa malu bertemu kawan lama pun ada...!
Bulan Ramadhan ini...kupohon keampunanMu YaRabbi....moga aku digolongkan antara orang-orang beriman, bertaqwa dan bersyukur!