Monday, October 16, 2006



Innalillah...kawanku Azlina Md Deros telah pulang ke Rahmatullah tanggal 15 Oktober 2006 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1427 pukul 10:15 pagi. Kauthar sms aku dan lewat tengahari baru aku berpeluang membaca pesanan tersebut.
Selepas menerima berita pemergian itu, sedih menyelubungi persaan dan sanubariku...badanku terasa lemah...mindaku hanya memutar saat-saat kami bersama semasa hayatnya. Aku pasrah dengan takdir, redha dengan qada' dan qadarNya...ini yang terbaik untuk Azlina! Tuhan lebih sayangkannya dan sebab itu diberikannya ujian demi ujian dan akhirnya mengambilnya semula ke alam baqa'.
Aku membayangkan dia menanti kawan-kawannya ke rumahnya di Alor Gajah...kedatangan untuk mengucapkan Selamat Tinggal....tapi tiada seorang pun yang dapat menghadirkan diri ke pengkebumian Azlina dek kerana komitment yang ada...aku merajuk dengan suami lantaran tidak dapat pergi ke Alor Gajah....aku merajuk hingga waktu berbuka. Sedih kerana aku tahu pasti rohnya meunggu kedatangan kami yang dianggap teman rapat yang sering menghabiskan masa sarapan dan lunch di pantry tingkat 11....
Aaah...menyesal tak ku tunaikan kewajipanku sebagai teman...yang sepatutnya melangkah terus untuk mengucapkan pada Azlina Selamat Tinggal....tak dapat aku mengucupmu buat kali terakhir....!Aku hanya mampu berdua' dan mensedekahkannya ayat-ayat suci Al-Quran, semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
Pagi lagi aku diingatkan oleh Roslee bahawa kereta pejabat yang akan ke Alor Gajah akan bertolak pukul 8:40 pagi. Hati kecilku berkata, tak guna pergi dia tak tahu sebenarnya kita datang and that we really care about her....! Tapi kakiku cepat melangkah ke tingkat bawah untuk ke kereta pejabat....biarlah aku ke pusaranya saje berkata hati kecilku memujuk.
Sesampai saja kami di rumah ayah dan bonda Azlina, kelihatan anaknya Ayu (4 tahun) bermain-main di luar rumah dengan beberapa orang sepupunya. Bonda Azlina menyambut kami dan memeluk kami dengan erat tanpa air mata. Ku peluk erat Bondanya sedih dengan pemergian seorang teman juga berbekalkan hati yang penuh kesal kerana tidak menghadiri pengkebumian Azlina semalam...
Life has to go on...masa kami sampai, Abang, anak sulung Azlina (7 tahun) baru bangun dari tidur, kepenatan dari semalam....celik-celik terus menerpa mainan dan berterusan main sehingga dimarahi nenek, pegi mandi! Abang tidak menghiraukan kata-kata neneknya tapi terus bermain...dan adik juga begitu. Terdengar suara Abang berkata, Ibu dah meninggal! Aku merenung gerak gerinya....kehilangan yang dia tentu tidak dapat gantinya.....Abang masih tidak faham dia telah kehilangan seorang ibu....bagai sebutir mutiara yang tiada gantinya didunia ini.....dan dia akan kehilangan kasih sayang paling suci antara manusia ciptaan Allah! Setiap kali memandang mereka, hatiku berdetik, apakan jadi dengan Abang dan Adik, ibu dah tak'da.....kesian! kesiannya mereka....tinggallah mereka dengan insan yang bernama Abah...bergantung kasih sayang dengan atok dan nenek yang masih kuat kederat menjalani kehidupan seharian.
Pagi kami sampai Malik keluar menguruskan beberapa urusan yang tertangguh dan sehingga kami pulang, kami tak ketemu Malik yang setia merawat isteri yang derita dan sengsara kerana penyakit barah. Lega jugak aku tidak ketemu Malik, kalau tidak rasa bersalahku akan berlarutan kerana tidak datang melihat jenazah...
Sebelum berlepas pulang ke KL, kami ke pusara Azlina di Tanah Perkuburan Sg Buluh. Rezeki...rezeki Azlina! Ntah mengapa tersenyum kulihat pusaranya masih merah ditaburi daun pandan dan bunga kertas. Pusara Azlina di atas bukit di bawah rendangan beberapa buah pokok yang menghijau....dah rezekinya, didunia menderita kesakitan akibat barah payudaranya yang cepat benar merebak....tapi setelah dijemput ke alam baqa, Allah telah mentakdirkan pusaranya di tempat paling selesa, redup dan hening sekali!
Selamat tinggal temanku Azlina, kudoakan agar rohmu dicucuri rahmatNya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa.
Al-Fatihah untuk Azlina binti Azizah.

No comments: