Monday, September 25, 2006

Selamat Datang Ramadhan...Ramadhan....! Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan 2 dan dua kali terawikh. Bersama Myhubby ke surau berdekatan rumah Mak untu sama-sama menunaikan fardu sunat! Pagi bersahur tadi kejutkan Izzat dan bila ditanya Nak Puasa tak? Dia mengangguk...aku katakan padanya, Kalau penat tak yah lah puasa.... Izzat yang ketika itu didukung Abah mendongak dengan longlai menjawab Nak... Izzat masih mamai tapi bila duduk di meja makan, dia sudah boleh membuka matanya besar. Aku gorengkan dia telur mata kerbau dua biji dan kuningnya 3/4 masak. Izzat makan telur dengan kicap, kemudian dia menjamah masi goreng sedikit dengan dua potong broccoli. Selepas itu dia menanyakan jelly yang Mama buat semalam. Habis jelly dia kuberikan vitagen yang disimpannya di dalam peti sejuk sejak tengahari sebelumnya. Tak habis minumnya, terus dia bangun, tak boleh habis ... dah sakit perut ni...nak tidur, katanya sambil memanjat tangga. Itulah kerenah anak ku bersahur. Aku paling menjaga kebajikan anak sehinggakan Myhubby yang makan didepanku kurang mendapat perhatianku. Apa yang diperlukannya diambil sendiri!
Sepanjang bulan Ramadhan ini paling ku takutkan adalah kalau aku miss terawikh. Tahun-tahun yang lalu 3 tahun di Jepun dan tiga tahun selepas pulang ke tanahair, aku tidak dapat menjalankan ibadat terawikh ini. Kalau ada pun bersolat sendiri, hm....tak ada feel nak raya!
Tahun ini aku pasang niat dan keinginan supaya aku berusaha untuk berterawikh every single day of Ramadhan! .... dan kurangkan membuat perkara-perkara yang tidak bermenfaat dan tingkatkan iman dan pahala! Hehee...mustahil? taklah....tak mustahil if there is a will there is awy!!!! Sabar dengan anak-anak....dah cuba ada yang berjaya ade yang tak jugak tapi....ramadhan ada 28 hari lagi dah tempoh itu aku akan paractise sebaiknya untuk menyemai tingkahlaku yang baik dan mulia di sisiNya mencontohi Rasulullah (saw) dan anaknya Fatimah!

Thursday, September 21, 2006

Teringat aku pada kawanku Azlina Md Deros yang mengidap penyakit barah payu dara dan kini barahya dikatakan telah merebak ke paru-paru dan jantungnya. Kalau difikirkan dengan otak kerdilku anugerah Allah, hebatnya ujian yang Allah timpakan padanya! yang aku tak sanggup menghadapinya....! Ada hikmah disebalik ujian dan dugaan yang dilemparkan padanya hanya Allah yang mengetahui!
Setiap kali aku melawatnya sama ada di hospital atau di rumahnya, aku melafaz kesyukuran yang amat sangat kerana bukan aku yang disuratkan untuk menghadapi ujian sebegitu berat! Seringkali aku berdoa pada Allah agar sembuhkan dia, panjangkanlah umurnya dan tenangkanlah hati dan fikirannya. Itu sahaja yang mampu aku lakukan. Doa! Mak aku berpesan doakalah kesejahteraannya dan ingatkan dia supaya sentiasa mengingati Dia yang maha mengetahui segala-galanya. Aku tidak sampai hati membuka mulut mengirimkan pesan Mak. Takut-takut hatinya terguris atau terasa! Sentuhan tanganku pada perutnya dan kakinya yang sentiasa membengkak itu menginsafkan aku bahawa sa-nya, aku masih kuat dan diberikan daya untuk sujud beribadat padaNya....! Lihatlah dirinya yang sudah kurang bermaya untuk melalui kehidupan sehariannya yang biasa dilaluinya dulu sebelum ujian sebegini! hatiku sering berkata-kata tatkali merenungnya di atas katil hospital atau atas sofa di rumahnya, sahabatku aku tahu betapa sedihnya engkau dengan keadaanmu ini...sentiasa longlai di hadapan anak-anak yang membesar didepan matamu tanpa daya untuk lebih dari gelak tawa sesama...simpatiku tidak berpenghujung kerana aku sendiri takut ditimpa ujian sebagaimana yang kau alaminya sekarang...aku doakan kau...aku doakan kau...sembuh dari penyakitmu dan diberikanNya umur yang panjang serta rezeki yang berlimpah!
Down deep inside I know...there is hikmah to whatever Allah jadikan sesuatu...mesti ada dan aku tahu apa yang Allah timpakan pada kita itulah yang terbaik buat kita!
Teringat pula aku pada kemalangan yang terjadi pada diriku! That was way back in 1972.....I was only 6 years old. Malang tak berbau, bermain-main atas skuter salah seorang yang menumpang di rumah Mak dan Abah. Sedang bermain di atas skuter yang dipakirkan di belakang rumah bersebelahan dengan longkang yang agak dalam juga, aku terjatuh dihempap skuter tersebut. Kalau nak diceritakan dengan detil, aku tak ingat apa yang sebenarnya berlaku...yang aku ingat aku menangis meratapi melihatkan jari jemari kiriku berlumuran darah. Yang peliknya aku tak ingat rasa sakitnya...tapi aku iingat akku meraung melihatkan darah yang banyak tak henti-henti keluar mengalir....Tuhan Maha Adil...maha mengetahui segala-galanya...aku ditakdirkan hidup seterusnya dengan sembilan jari...Aku bersyukur tentang itu..Aku redha dengan keadaan ku...kerana sesungguhnya Allah menyanyangi diriku! Kesedihan, kepiluan dan kesengsaraan yang aku lalui dengan kehidupan yang ditakdirkan itu padaku tidak pernah aku jadikan alasan untuk tidak bersyukur kepada Allah....Alhamdulillah...hikmahnya dapat kurasakan sekarang! Ujian yang Allah timpakan padaku mungkin berbeza dengan Azlina tapi prinsipnya tetap sama...ujian, tabah dan redha! Rintihan, airmata dan tangisan pernah menjadi teman hidupku untuk bertahun-tahun kerana kekurangan yang ada padaku tapi...diriku tetap ada keyakinan dan keimanan...walaupun aku bukan dari golongan keluarga yang boleh dikatakan alim atau warak! Aku yakin dengan ketentuan yang Allah berikan dan aku beriman dengan Allah yanng menimpakan aku ujian yang padaku terlalu berat...but well, I made it through..quite ok....Tak dinafikan kadangkala aku merintih kesal dan bertanya-tanya ngapa aku begini...kenapa aku kurang ...ngapa aku yang kena menghadapinya bukan orang lain....tapi asasnya tetap aku pegang...sudah takdir!
Bila aku ingatkan Azlina, aku tak terasa langsung mengenai nasib yang ditakdirkan padaku ini...nothing compare to the miseries yang ditanggung oleh Azlina! Kini aku sering mensyukuri nikmat yang Allah berikan padaku...walaupun dulu dalam umur yang masih muda terpaksa belajar untuk berdolak dalik dari diajak menari atau bermain apa-apa yang menggunakan tangan...apa-apa pertunjukan aku hanya jadi background je....sedih gak bila teringatkan itu. Begitulah seterusnya aku lalui hidupku zaman remaja, matang dan seterusnya ditakdirkan aku bertemu jodoh!
Percayalah...bagaimana berat pun ujian Allah...ada hikmah sebaliknya! If you don't see it now...somehow, you'll know it later.

Monday, September 18, 2006

Bosan! Letih aku nak melayankan kerja-kerja yang berlambak dan tak habis-habis di atas meja....nak cuti, eh, baru je cuti....nak rilex-rilex borak-borak dulu...orang lain pun banyak kerja dan tak leh nak melayan aku sokmo!
Kerja-kerja...terlalu banyak memikirkan tentang kerje menyebabkan otak aku kadang kala beku. Spelling mistake pun tak nampak dah. Bukan tu je, grammer mistake pun pening kepala nak dibetulkan! Hm....Why bother. Tutup PC je...baca magazine....pasang cd lagu....ewah..ewah...senang je kalau fikir cam tu! aitu kerje-kerje yang dah aku tanggungjawab aku tu sapa yang nak buat/tanggung? Mak aku selalu cakap, kerja dengan hati terbuka kerana Allah...mengeluh jangan sekali! Well...itulah pegangan aku selama aku mula bekerja! Tapi kadang kala can't help it...merasa pressure sehinggakan fikiran tak menentu dan mula jalan pun terhoyong hayang! Aku bangga....aku masih ingat kata-kata Mak....dan sentiasa cuba mempratiknya...jangan sekali curi tulang...(ada gak kadang-kadang....update blog!)...jangan sekali menrunggut...(ade gak, bila semua tak kene!) ...bekerja kerana Allah....YES...itu fully implemented 100 percent!

Wednesday, September 13, 2006

KTM, KTM! Semalam buat hal...hari ni pun gitu! Penuh sesak je orang...masalah dia orang ni cuma lambat .... lambat sebab masalah teknikal (rosaklah tu!) kadang kala ade sebab nature...tak apalah tu! Yang jadi masalah masalah teknikal, memanjang masalah teknikal! Hish.....berpeluh, lenguh tulang-tulang ...dari menunggu komuter sebelum bolah nak sampai ke stesen Bank Negara!
Tapi itulah cubaan dan ujian kita di bumi Allah...kalau nak ke pejabat senang je berdriver, tempat duduk empuk, aircond alright je....adelah tu ujian dan cubaan tang lain lak, kan!
Walau cam mana pun, aku tetap redha dengan ujian dan cubaan ni...TAPI KTM come on lah..janganlah dok takuk tu gak...make some improvements....kan Malaysia Boleh....boleh buat perubahan bukan boleh dok diam, tau! jangan ambik pendekatan yang salah.....! Asal sesuatu berlaku yang menyebabkan train tak ikut jadual, ade je alasan...pleaselah....negara bukan main maju (so say the government ah) tapi....negara maju tu bukan saje dari segi material tapi sikap pengkhidmat awam and of cos that include sikap tepat waktu atau omputih cakap punctuality tu mesti ade tau!

Tuesday, September 12, 2006

Pagi Ahad baru ni (10/9/2006) aku tergerak dari tidur dengan berita kematian kak Dewi, kakak ipar cum sepupu Myhubby...Innalillah...dia insan yang bergelar seorang isteri, anak, ibu dan nenek telah pulang ke Rahmatullah pada umur yang bagiku masih muda lagi! Myhubby tidak perlu menggerakkan aku dari tidur tapi suaranya berbual dengan suara yana agak tinggi membangkitkan aku dari mimpi! Aku mengalihkan pelukkan Luqman dengan perlahan lalu bangkit dari katil dan terus menyalin pakaian. Myhubby juga terus menyalin pakaian tanpa kata-kata juga...masing-masing sudah faham dengan apa yang perlu dilakukan. Kami perlu pulang ke Pontian kerana jenazah akan dikebumikan di kg. Pulai Sebatang...heran jugak ngapa kebumi di kg. suaminya..sedangkan ibu kak Dewi katanya di Kebun Teh, JB....Selepas memberitahu pembantu rumahku, Rini tentang berita dan hajat kami, Myhubby terus mengangkat anak-anak yang masih dibuai mimpi itu ke dalam kereta kemudian memasukkan apa yang perlu ke dalam bonet kereta dan terus kami bergerak mula-mula menghantar Izzat dan Haziq serta Rini ke rumah Mak... Luqman sebab bongsu, aku bawak sekali...kesian kerana tidurnya masih memelukku....tak sanggup pulak aku tinggalkan dia! Mak pulak tak boleh diberitahu tentang kematian, baru saja dia kehilangan teman baiknya, takut dia merasa cemas...aku katakan pada Mak, kak Dewi sakit nak melawat. Mak dan Abah cuma diam, ngantuk mungkin. Setelah meninggalkan Izzat dan Haziq yang masih lelap, kami terus bergerak meninggalkan Shah Alam untuk menuju ke Pontian. Sepanjang perjalanan pulang itu kami kurang berbicara...namun tiada air mata yang mengiringi pemergian kami ke Pontian. Aku tidak begitu rapat dengannya mungkin begitu juga dengan Myhubby. Terakhir aku berbual dengan Allahyarhamah melalui talipon. Kak Dewi seperti tahun-tahun yang lalu menalipon Myhubby untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi...tapi sebab Myhubby di Jerman waktu itu akulah berbual dengannya....ingatkan itu sedih juga kerana waktu dia menalipon itu, dia sebenarnya berada di wad hospital. Kami suami isteri ada merancang untuk balik JB, saje nak melawatnya sebab dengar dari kak Rukian yang sakit Kak Dewi teruk juga....tapi ntahlah tak balik jugak...apa lagi urusan kami sendirilah yang menyekat kami dari pulang menziarahi Kak Dewi...sedih jugak bila mengenangkan itu...sesal pun ade jugak and that serve a lesson to both of us!
Kak Dewi masih kuanggap muda, baru mencecah 51 tahun. Dia dan kakaknya (kira-kira setahun yang lalu) telah pulang ke Rahmatullah meninggalkan seorang bapa yang kini boleh dikatakan sebatang kara....nasib baik bapanya memang tinggal dengan keluarga Kak Dewi di JB...kalau tengok Pak Usop, bapa Kak Dewi tu, sedih jugak tapi orang tua tu nampak kool je...maintain tapi dalam hatinya pasti sedih!
Siap majlis tahalil, keesokan paginya kami pun berlepas pulang ke Shah Alam. Aku dah mula merindui anak-anakku yang ditinggalkan di Shah Alam. Tapi aku makin rindu nak beribadat lebih padaNya...aku uzur, jadi tak banyak yang dapat kusedekahkan pada Allahyarhamah. Yang pasti aku mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah ....Kak Dewi telah pergi kembali ke tempat yang kekal cuma kami di muka bumi Allah, masih menumpang sementara..........
Semalam semasa duduk berbual dengan Myhubby sementara menunggu sup tulang yang kureneh, aku meluahkan padanya tentang persaan takut dengan kematian kerana kurangnya ibadat dan belum bersedia untuk bertemuNya...."amal ibadat masih kurang", kataku pada Myhubby...Myhubby tersenyum padaku dan berkata banyak cara nak beribadat dan satu cara adalah "taat pada suami" senyumannya kukira ikhlas....juga ada sinisnya...aku hanya mampu menyambut senyumannya...(hendak tak ndak je sebenarnya!)...tak terdayo nak cakap apa-apa...betullah tu! Teringat cerita sepupu Myhubby tentang Kak Dew, dalam masa sakitnya yang makin kritikal, dia masih mampu menyediakan makan pakai suaminya, Abg Seman....dan cerita Kak Dewi lagi, suaminya ada berkata padanya, inilah sebabnya saya sayang kat awak....kukira Kak Dewi bahagia dengan kata-kata suami dan sebab itu dia makin menguatkan kederatnya untuk terus berkhidmat pada Abg Seman, suaminya untuk lebih kurang 30 tahun lamanya ....besar pahalanya tu!
Fikir-fikir, mampukah aku untuk menjadi isteri yang taat pada suami dikala sakit tenat sebegitu.....?