Tuesday, September 12, 2006

Pagi Ahad baru ni (10/9/2006) aku tergerak dari tidur dengan berita kematian kak Dewi, kakak ipar cum sepupu Myhubby...Innalillah...dia insan yang bergelar seorang isteri, anak, ibu dan nenek telah pulang ke Rahmatullah pada umur yang bagiku masih muda lagi! Myhubby tidak perlu menggerakkan aku dari tidur tapi suaranya berbual dengan suara yana agak tinggi membangkitkan aku dari mimpi! Aku mengalihkan pelukkan Luqman dengan perlahan lalu bangkit dari katil dan terus menyalin pakaian. Myhubby juga terus menyalin pakaian tanpa kata-kata juga...masing-masing sudah faham dengan apa yang perlu dilakukan. Kami perlu pulang ke Pontian kerana jenazah akan dikebumikan di kg. Pulai Sebatang...heran jugak ngapa kebumi di kg. suaminya..sedangkan ibu kak Dewi katanya di Kebun Teh, JB....Selepas memberitahu pembantu rumahku, Rini tentang berita dan hajat kami, Myhubby terus mengangkat anak-anak yang masih dibuai mimpi itu ke dalam kereta kemudian memasukkan apa yang perlu ke dalam bonet kereta dan terus kami bergerak mula-mula menghantar Izzat dan Haziq serta Rini ke rumah Mak... Luqman sebab bongsu, aku bawak sekali...kesian kerana tidurnya masih memelukku....tak sanggup pulak aku tinggalkan dia! Mak pulak tak boleh diberitahu tentang kematian, baru saja dia kehilangan teman baiknya, takut dia merasa cemas...aku katakan pada Mak, kak Dewi sakit nak melawat. Mak dan Abah cuma diam, ngantuk mungkin. Setelah meninggalkan Izzat dan Haziq yang masih lelap, kami terus bergerak meninggalkan Shah Alam untuk menuju ke Pontian. Sepanjang perjalanan pulang itu kami kurang berbicara...namun tiada air mata yang mengiringi pemergian kami ke Pontian. Aku tidak begitu rapat dengannya mungkin begitu juga dengan Myhubby. Terakhir aku berbual dengan Allahyarhamah melalui talipon. Kak Dewi seperti tahun-tahun yang lalu menalipon Myhubby untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi...tapi sebab Myhubby di Jerman waktu itu akulah berbual dengannya....ingatkan itu sedih juga kerana waktu dia menalipon itu, dia sebenarnya berada di wad hospital. Kami suami isteri ada merancang untuk balik JB, saje nak melawatnya sebab dengar dari kak Rukian yang sakit Kak Dewi teruk juga....tapi ntahlah tak balik jugak...apa lagi urusan kami sendirilah yang menyekat kami dari pulang menziarahi Kak Dewi...sedih jugak bila mengenangkan itu...sesal pun ade jugak and that serve a lesson to both of us!
Kak Dewi masih kuanggap muda, baru mencecah 51 tahun. Dia dan kakaknya (kira-kira setahun yang lalu) telah pulang ke Rahmatullah meninggalkan seorang bapa yang kini boleh dikatakan sebatang kara....nasib baik bapanya memang tinggal dengan keluarga Kak Dewi di JB...kalau tengok Pak Usop, bapa Kak Dewi tu, sedih jugak tapi orang tua tu nampak kool je...maintain tapi dalam hatinya pasti sedih!
Siap majlis tahalil, keesokan paginya kami pun berlepas pulang ke Shah Alam. Aku dah mula merindui anak-anakku yang ditinggalkan di Shah Alam. Tapi aku makin rindu nak beribadat lebih padaNya...aku uzur, jadi tak banyak yang dapat kusedekahkan pada Allahyarhamah. Yang pasti aku mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah ....Kak Dewi telah pergi kembali ke tempat yang kekal cuma kami di muka bumi Allah, masih menumpang sementara..........
Semalam semasa duduk berbual dengan Myhubby sementara menunggu sup tulang yang kureneh, aku meluahkan padanya tentang persaan takut dengan kematian kerana kurangnya ibadat dan belum bersedia untuk bertemuNya...."amal ibadat masih kurang", kataku pada Myhubby...Myhubby tersenyum padaku dan berkata banyak cara nak beribadat dan satu cara adalah "taat pada suami" senyumannya kukira ikhlas....juga ada sinisnya...aku hanya mampu menyambut senyumannya...(hendak tak ndak je sebenarnya!)...tak terdayo nak cakap apa-apa...betullah tu! Teringat cerita sepupu Myhubby tentang Kak Dew, dalam masa sakitnya yang makin kritikal, dia masih mampu menyediakan makan pakai suaminya, Abg Seman....dan cerita Kak Dewi lagi, suaminya ada berkata padanya, inilah sebabnya saya sayang kat awak....kukira Kak Dewi bahagia dengan kata-kata suami dan sebab itu dia makin menguatkan kederatnya untuk terus berkhidmat pada Abg Seman, suaminya untuk lebih kurang 30 tahun lamanya ....besar pahalanya tu!
Fikir-fikir, mampukah aku untuk menjadi isteri yang taat pada suami dikala sakit tenat sebegitu.....?

No comments: