Wednesday, July 26, 2006

Seram sejuk seluruh badanku apabila membaca mengenai isu murtad...walaupun e-mail mengenai murtad ini telah berpuluh aku terima dan kebanyakkannya perkara yang sama, namun aku tak jemu-jemu membacanya...bagi mengingatkan diri ini tentang bahayanya murtad! Paling takut musibah itu melanda anak beranak dan kaum keluarga ku...Nauzubillah...mintak dijauhiNya dari musibah seumpama itu. Berceritakan tentang murtad kes-kes seperti Natrah, Aishah dan Lina Joy tu masing-masing ada significant nya....masing-masing membawa pengajaran yang berbeza. Padaku, yang paling menghayat hati adalah kes Natrah...masa kes Natrah tu terjadi memanglah aku belum wujud di dunia nan fana ini tapi meminati untuk mendalami kes tersebut bila aku di universiti....teringat aku bukan aku saja yang mengalir air mata tetapi sedang aku membacakan sebaris demi sebaris cerita mengenainya, teman sebilik yang ku anggap adik itu teresak-esak menangisi nasib yang menimpa gadis bangsa Belanda yang bernama Natrah itu...dan aku simpati dengan emak angkat Natrah, suami Natrah dan tentu sekali...Natrah! Aku kagum dengan keperihatinan saudara seIslam zaman British dulu yang sanggup menzahirkan sokongan mereka memperjuangkan hak sesaudara islam mereka..tapi akhirnya gadis itu berjaya dipisahkan dengan insan yang bergelar ibu dan suami yang baru dinikahinya...hm..Natrah dimurtadkan jua!
Apa sudahnya kes natrah itu sememangnya mengharukan...menyedihkan namun ianya berulang lagi di zaman ku....tetapi dalam senario dan circumstances yang berbeza! Lebih menyedihkan kerana gadis yang bernama Aishah dimurtadkan sedangkan dia dibesarkan dikalangan orang-orang Islam dan tinggal dalam suasana keislaman yang sekitarnya mempunyai berbuah-buah surau dan masjid! dan tika itu bukan penjajah tetapi di dalam negara yang bergelar negara Islam! Sedihkan what is to become our new generation, then? Namun murtad terjadi juga.....dengan kesedihan yang berbeza kerana gadis yang sopan bertudung itu disadurkan dengan kasihsayang cinta asmara yang entahlah aku tidak tahu dengan pasti apakah itu yang mendorong gadis itu sehingga sanggup mengengkari Allah!
Kes Lina Joy pula berbeza...mengaku tidak pernah mengamalkan islam sejak lahir.....mana ibubapanya? mana saudaranya?......mana jirantetangganya...mana guru agamanya di sekolah? teman-teman sekelas, sebus yang beragama Islam? Apakah dia hidup beseorangan ?
Surah Al-Baqarah : 212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
The life of this world is alluring to those who reject faith, and they scoff at those who believe. But the righteous will be above them on the Day of Resurrection; for Allah bestows His abundance without measure on whom He will.
Apa yang boleh dilakukan hanya dengan membina dan meneguhkan keimanan kita, anak-anak dan keluarga....memperkuatkan usaha untuk lari dari mungkar dan pastinya terus berdoa agar hidayahNya tidak akan pudar dalam hati dan sanubari kita dan keturunan kita, InsyaAllah semua itu takkan berlaku dan kita akan berjaya!

No comments: