Wednesday, May 21, 2008

So, it was a big event for Luqman.

It was Tadika Tarbawi Sport's Day.

Malam sebelumnya, sebelum naik tidur, Luqman minta coco crunch ngan susu. Nak dapat tenaga untuk sukan, so he claimed. I was happy to hear that he wanted to have something cos Luqman memang susah nak makan. Badan kurus dan sedikit hari lagi, adik Maryam akan jadi sama tinggi dengan Luqman. Itu yang kekadang menakutkannya and that will force him to eat!

Pagi-pagi dah nampak mendung. Nak hujan kottt...
Seawal 7:15 pagi, Luqman dah siap berpakaian sukan, lengkap dengan kupiah tadikanya berwarna ungu. Siap! jerit Luqman padaku yang ghairah nak menyiapkan kari ayam untuk roti canai segera sebagai hidangan makan pagi sebelum ke sukan. Makan dulu ambik tenaga nanti tak boleh lari laju. Kata-kataku itu sudah cukup membuatkan dia bersemangat untuk bersukan. Luqman memang jenis susah nak makan, pemilih dan yang tak tahan banyak komen sebelum makan! Tapi pagi itu senang je dia makan. Habis makan sekepin roti canai, minum air dan bermain-main sambil menunggu aku dan abang-abangnya siap.

Saat kami nak keluar rumah, hujannnnn.....
Luqman nampak biasa tapi katanya, pegi je Ma tengok kot-kot ada sukan!
I know he was saying that thinking that since it was raining, I might not send him to school for the sport event. Of cos, I will just go even kalau petir. Luqman has been looking forward to the sport's day. He has been hyming away lagu-lagu untuk sukan, doa sukan, ikrar sukan etc...etc...everything pasal sukanlah!

Sampai sekolah hujan makin lebat. Tapi ramai dah sampai. Then, sunddenly, hujan sedikit reda. Oh! dah reda sikit hujan, I told my kids. Then, my kids, the bigger ones were saying, Alhamdullillah, Luqman boleh sukan. But at that point of time, I was thinking susah nak angkut Maryam dalam keadaan yang hujan dan padang yang lecak.

Setelah parking kereta, aku terus hantar Luqman ke tempat pendaftaran sukan. Yang lain-lain tinggal dulu dalam kereta.

Macam mana Cikgu? thinking that kalau hujan, postpone atau batal sukan.
Cikgu tadika Luqman tersenyum...Alhamdulillah hujan...mungkin kita teruskan juga! Lagipun dah lama tak hujan. Only then it striked my mind...sepatutnya aku bersyukur dahulu atas kurniaanNya kerana memang dah berhari-hari tak hujan, cuaca panas memanjang.......Ini tidak sibuk memikirkan kalau hujan tak dapatlah Luqman nak bersukan. Astagfirullah!

I waited for a while under the canopy while it was raining (quite heavily then). But not for long....the rain stopped and immediately the kids were matching out. There I saw Luqman waiving at me happily.

The sport event started with the dua' and ikrar sukan. Keadaan sedikit lecak but on the whole it was a good day for Luqman and I'm sure...for the rest, as well! Hari tak panas dan hawa yang sejuk menyebabkan semua yang hadir seemed comfortable and enjoyed the event. Anak-anak yang lari , mak bapak bukan main kuat semangat....bersorak!

Luqman dapat dua hadiah (bekas air minum yang agak besar warna purple and pink!) and he really love 'em all. Alhamdullillah.

Kadang-kadang, kita lupa untuk merasa bersyukur dan menzahirkan kesyukuran kita!
Kita sering lupa kerana kita tidak berasa syukur ke atas nikmatNya itu.
Seharusnya kita belajar mensyukuri dengan apa yang ada pada kita dalam apa jua keadaan dan belajar untuk ingat melafazkan kesyukuran kita padaNya!

No comments: